PRESS COP
 
  “Paksu, bila nak pergi memancing lagi?” tanya Diana Sophia kepada pakciknya.
“Paksu rasa lain kali sajalah.”
“Tapi...” Diana baru sahaja hendak memujuk pakcik.
“Tiada tapi-tapi lagi. Kita pergi minggu depan.” Cadang pakciknya.


“Minggu depan?” setelah berfikir sebentar, Diana menyambung “Baiklah kalau

begitu, tapi paksu kena janji!”

“Baiklah. Paksu janji.” Kata-kata pakciknya membuatkan Diana melompat keriangan.

Tidak dapat disangsikan lagi, Diana lebih gemar menghabiskan masa lapang bersama pakciknya jadi tidak hairanlah mereka akrab. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap mereka lebih-lebih lagi pakciknya masih bujang. Mereka sering menjadi topik perbualan jiran tetangga yang kurang senang melihat mereka.

Perbualan mereka dilihat oleh ibu Diana, Makcik Tipah dari jauh. Dia hanya menggeleng-geleng kepalanya. Tidak dinafikan Diana lebih rapat dengan pakciknya, yang tinggal bersama-sama dengan mereka. Sejak ketiadaan suaminya, Pak Musa, yang meninggal kira-kira sepuluh tahun yang lalu akibat sakit jantung, adiknya nan seorang itulah tempat dia dan Diana mengadu. Adiknya, Salleh hanya bekerja sebagai buruh am. Makcik Tipah juga sudah lali dengan mulut jiran-jirannya itu kerana sudah banyak kali dia mendengarnya namun tidak pernah dikisahkannya .

Diana hanya tersenyum.


***********************

Dalam perjalanan mengabah ke sekolah, Diana terserempak dengan rakan karibnya, Syafiq. Memandangkan jam di tangan baharu menunjukkan pukul tujuh pagi, Diana mengajak Syafiq ke gerai yang berhampiran. Di sekolah ternyata Diana lebih ramai kawan lelaki berbanding dengan kawan perempuan. Baginya berkawan dengan perempuan menyusahkan lebih-lebih lagi yang cengeng. Memang membosankan.

“Syafiq, kau dah siap kerja yang Cikgu Hamdan bagi?” Diana memulakan perbualan.

“Mestilah sudah,” Syafiq menyedut air sebelum menyambung “Kau tak siap lagi ke?” pertanyaan Syafiq berlalu tanpa jawapan. Kemudian diulangi kembali pertanyaannya. Aneh benar Diana hari ini.

Tiba-tiba, Syafiq terpandangkan jam di tangan, tesedak dibuatnya. Perbuatan Syafiq secara tidak sengaja telah mengejutkan Diana dari lamunan. Kemudian bertanya, “Syafiq, kenapa ni?” Syafiq hanya mengisyaratkan Diana supaya melihat jam.

***********************

Akibatnya, Diana dan Syafiq telah didenda. Mereka dikenakan demerit dan disuruh mengelilingi padang sebanyak lima pusingan. Diana sempat bertanyakan Syafiq mengapa dia tidak diberitahu bahawa mereka sudah lewat.

“Aku lihat kau asyik mengelamun sahaja. Aku tanya pun kau tak jawab.” Dipandangnya sekilas wajah Diana yang kemerah-merahan menahan penat sebelum menyambung, “Kau ada masalah ke?”

“Mana ada” jawab Diana acuh tak acuh.


Mereka beriringan masuk ke dalam kelas setelah diberi kebenaran oleh guru yang memantau mereka. Apabila masuk ke dalam kelas, Diana melihat ke arah jadual waktu yang berada di sudut mejanya. ‘Aduhai, masa LK!’ Diana amat lemah sekali dalam subjek Lukisan Kejuruteraan (LK) itu. Tetapi, menurut khabar angin ada guru baharu yang akan mengajar subjek itu di sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia itu esok. Hari ini, Diana akan belajar dengan guru itu lagi. ‘Nasib baik Cikgu Hamdan hanya guru ganti’.

Kelas yang bising dengan gelak ketawa menjadi lebih perlahan daripada desir angin tatkala kedengaran tapak kasut Cikgu Hamdan menapak ke kelas. Guru yang berwajah bengis dan berkaca mata itu berjaya membuatkan para pelajar kelas 4 Ibnu Khaldun (4 IK) kecut perut.

Sewaktu dalam kelas LK, guru tersebut meminta semua pelajar menghantar kerja rumah yang telah diberikan. Setelah meneliti kerja yang dihantar, guru tersebut tidak lepas dari memandang wajah Diana. Seperti kebiasaannya, kerja Diana akan dikatakan tidak kemas dan tidak menepati kehendaknya. Begitulah kebiasaannya sejak Diana memasuki Tingkatan Empat. Syafiq kasihan melihat Diana. Namun kebanyakkan pelajar perempuan hanya melemparkan senyum sinis kepadanya.

Kringgg!!!

‘Akhirnya...’ Diana hanya tersenyum apabila loceng rehat berbunyi.

Waktu rehat tiba. Diana bergegas ke kantin untuk membeli makanan. Syafiq yang mundar-mandir sadari tadi hanya tersenyum tatkala terpandang kelibat Diana di kantin. Syafiq bergegas mendapatkan Diana.

Setelah membeli makanan, Diana melihat Syafiq sedang menunggunya. Syafiq

memulakan perbualan seketika kemudian. “Kenapa tak tunggu aku?” Diana mendongak memandang Syafiq. Suasana sepi apabila masing-masing mendiamkan

diri.

“Benarkah ada guru baharu yang akan menggantikan Cikgu Hamdan?” Diana

bersuara.

“Menurut khabar angin begitulah.” Syafiq menjawab.

***********************

“Bangun,” kedengaran ketua kelas, Fairuz memberi arahan. Kemudian diikuti salam.

‘Jadi, inilah gurunya,’cetus hati Diana. Guru tersebut memperkenalkan dirinya.

“Boleh cikgu tahu yang mana satu Diana Sophia?” Semua pelajar menoleh ke

arahnya. “Saya, cikgu,”

“Nanti selepas kelas, sila datang ke meja saya,” kata Cikgu Ilham Dia telah dimaklumkan oleh Cikgu Hamdan bahawa Diana sangat bermasalah dalam LK. Keputusannya selalu tidak memuaskan.

***********************
Tokk!! Tokk!! Tok!!
“Masuk,” Cikgu Ilham hanya tersenyum.
“Duduklah,” Diana hanya menurut.


“Tahu mengapa cikgu panggil kamu?” Diana hanya menggeleng. “Menurut Cikgu Hamdan kamu sangat lemah dalam LK. Benarkah?” Diana hanya mengganguk. “Kamu ada masalah?” Pertanyaan guru tersebut membuatkan Diana tertunduk. “Diana, kalau kamu ada masalah, sewajarnya kamu meluahkannya, bukan dengan cara mendiamkan diri sebegini.” Namun Diana tetap menyepi. “Cuba kamu beri kerjasama dengan cikgu.” Melihatkan tiada respon, dia menyambung, “ Kalau kamu tidak selesa bercakap dengan saya, banyak lagi guru lain yang boleh kamu berkongsi masalah.”

Dilihatnya Syafiq masih menunggu.

***********************

Diana telah dipanggil oleh Cikgu Ilham untuk yang kesekian kalinya. Guru itulah yang selalu memberikan nasihat kepadanya. Guru tersebut juga mencadangkan Diana supaya belajar bersama Haikal, pelajar yang selalu dipuji oleh Cikgu Hamdan.

***********************

Keputusan Diana dalam peperiksaan membuatkan Cikgu Ilham dan dia tersenyum puas. Tidak sia-sia usahanya selama ini. Namun Diana tidak terus berpuas hati, dia terus tekun bergurukan Haikal. Haikal mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

***********************
“Diana? Apa kau buat di sini?” Pertanyaan Syafiq telah mematikan lamunannya.
“ Mari pergi minum. Sudah lama aku tak jumpa kau.” Syafiq mempelawa.
“Marilah.”
“Sudah berapa hari kau bekerja di sana?” tanya Diana.


“Sebetulnya ini hari pertamaku. Aku bekerja sebagai pelukis pelan di sana.” Kata

Syafiq.

“Aku...” Belum sempat Diana memberitahu kedengaran telefon bimbit Syafiq

Berdering. Perbualan mereka terhenti di situ. Syafiq meminta diri kerana ada urusan. Tiba-tiba Diana terpandangkan seseorang. Dia berjalan ke arah lelaki itu. “Cikgu Ilham?”

“Eh, Diana...” ‘Terima kasih, cikgu. Atas dorongan dan nasihat cikgu, saya berjaya

hari ini.’

Mereka terus berbual-bual tentang diri masing-masing.

***********************
“Encik Syafiq, pengarah urusan panggil ke biliknya.”
Sebaik sahaja pintu terkuak, Syafiq terpana seketika.
“ Kenalkan, ini Cik Diana Sophia , pemilik Azura Holding.” Kata setiausaha Diana.
“ Diana?” Syafiq mengerutkan keningnya.
Diana hanya tersenyum.

                                   ~Shirou Emiya~


 


Comments


Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply