PRESS COP
 
Picture
Picture
Huh! Ninja baru balik dari Jepun…menjenguk-jenguk bisnes disana…bisnes apa?? Bisnes jaga tepi kain orang…hahahah. Ni berangan je…sebab Ninja ingin sangat nak duduk dilkalangan orang Jepun. Asyek tengok depa dalam tv je…tak feel.

Salah satu yang Ninja suke dengan budaya depa ni, ialah derang sangat sopan santun…beradab berbudaya. Tak macam kampong Ninja kat sini…budaya timur makin menghakis….err, mungkin kene simbah asid ke??  Baru-baru ni kampong Ninja GEMPAR dengan insiden yang memalukan….yang digelar sebagai STEP DOWN…(hahah gelak guling).


Ninja yang pada saat tu mamai-mamai jer…terkedu sey!! Dek kerana insiden yang tak masuk dek akal…maka puas lah Ninja minum kopi supaya berjaga untuk piker….mengapa la insiden tu boleh berlaku? Lepas golek-golek kiri dan golek-golek kanan…akhirnya Ninja terfikirkan istilah BODOH SOMBONG.

Picture
Kali ni, Ninja nak mengupas fenomena bodoh sombong yang semakin menjadi-jadi menular di kampong Ninja. Ikut fahaman Ninja la, bodoh sombong ni adalah orang yang tak cukup ilmu tapi tak nak bertanya bahkan berlagak pula. Ishk…ishk…maner datangnyer derang ni eh?? Dari gua  ke haper? Dek kerana kagum dengan fenomena bodoh sombong ni maka Ninja tekad untuk kupas isu ni satu-satu seperti mengupas buah limau….

Picture
insan bodoh sombong juga suke jadi populer

Isu pertama: Bagaimana bodoh sombong ni boleh terjadi?

Ia bermula dengan rasa keyakinan yang melambung sangat tinggi hingga melepasi atmosfera bumi. Kita memang perlu yakin dengan kebolehan dan potensi sendiri, tapi perlu juga SEDAR DIRI…bukan anda sorang sahaja yang berkebolehan dan berpotensi kerana kita perlu ingat, setiap insan diciptakan oleh Yang Maha Pencipta dengan kelebihan masing-masing.

Kemudian ia diikuti pula dengan rasa riak. Huhuhu…bahaya sungguh sikap ni, kerana ia antara sikap tercela (mazmumah) dalam Islam. Riak ni adalah sikap ingin menunjuk-nunjuk diri. Sikap ni selalu terbentuk  pada mereka yang mendapat kurang kasih sayang dari orang sekeliling, maka untuk ‘menarik minat’ orang sekeliling untuk ‘sayang’ dan ‘beri perhatian’ padanya…maka insan bodoh sombong ni merasakan satu keperluan bagi dirinya untuk meriakkan diri….kesiankan? Selain dari itu, dek kerana terlalu yakin pada diri sendiri, maka insan bodoh sombong cenderung memandang rendah kepada kemampuan orang lain (kan dia dah anggap dirinya LEBIH segalanya dari orang lain?).

Komponen paling penting yang membezakan orang sombong dan orang bodoh sombong ialah keBODOHannya. Selalunya insan bodoh sombong sangat takut menimba ilmu. Bukan apa, bila dia menimba ilmu, mungkin dia terasa semakin kerdil…kerana pengetahuan di dunia ni tak ada batasan. Lagi banyak kita cari ilmu, lagi kita sedar bahawa….apa yang kita tahu sangat sedikit sebenarnya. Jadi untuk mengekalkan keyakinan dirinya, maka dia sangat bergantung kepada ilmu yang dia dah ada.


Picture
Isu kedua: Kaedah mengelakkan diri dari terjebak menjadi bodoh sombong

Paling utama sekali….cintakan ilmu. Ilmu di dunia sangat banyak dan meluas. Jangan hadkan diri anda hanya satu cabang ilmu dan merasakan anda sangat hebat tahap super duper Tupperware (sebab hanya cap ni jer ader gerenti seumor hidup. Korang, ader?). Jangan perkecilkan ilmu walaupun sekadar ilmu untuk bancuh air teh atau masak megi. Pengetahuan yang pelbagai menjadikan diri kita insan yang sentiasa berfikir dan mempunyai akal yang panjang. Tatkala anda berhenti mencari ilmu, otak anda pon tak digunakan untuk berfikir…maka sama saja ia dengan enjin yang berkarat dan hampeh yang patut jer dibuang ke kawasan recycle. Adakah anda merasakan otak anda layak menerima nasib sama dengan enjin berkarat? Tau tak pe…

Sentiasa bandingkan diri anda dengan tokoh-tokoh hebat, elakkan membandingkan diri anda dengan semut. Dengan cara ini, anda akan rasa anda sebenarnya hebat tapi ada yang LEBIH HEBAT dari anda. Jika nak bersaing dalam belajar atau apa-apa jua…cari lah pesaing yang setara atau lagi hebat. Janganlah anda ada hati nak bersaing pakai kerete dengan orang yang pakai kereta lembu…lepas tu ketawa seronok kerana anda telah menang. Apekah?

Sayang diri anda dengan secukupnya. Bagaimana? Jadilah manusia yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja, walaupun anda tahu tak siapa akan peduli atau hargai hasil yang anda buat. Memadailah jika hasil yang anda usahakan, anda sendiri puas hati dan kagumi. Kalau dah kagum kat diri sendiri, bukankan anda akan rasa diri anda berharga…makin anda akan menjaga diri anda dari melakukan perkara-perkara yang dipandang hina. Maka ini lah yang dimaksudkan dengan sayang diri sendiri….bukan bermakna anda perlu peluk diri sendiri, sentiasa menghadap cermin sambil tersenyum kacak/ayu ataupun harap pujian dari orang lain sepanjang masa.


Picture
Isu ketiga: Cara mengatasi orang yang bodoh sombong

Slogan web ni ‘LOVE, PEACE n FUN’ maka Ninja pon kene la patuh…nanti kene buang daerah plak…susah Ninja nak teruskan sisa-sisa kehidupan ni. Kita sudah maklum bahawa insan bodoh sombong ni kekurangan kasih sayang dan perhatian. Selari juga dengan slogan koporat kiter yang ader menyebut perkataan Penyayang maka Ninja menyeru kepada mereka yang ader disekeliling insan bodoh sombong ni agar SAYANGI lah insan yang tak cukup kasih sayang ni. Kasihanilah dia…dia sebenarnya insan yang normal seperti kite…tapi dek kerana kekurangan kasih sayang, maka dia terpaksa ‘bermuka tebal’ dengan menyombongkan diri. Mulakan la dengan ucapan selamat pagi, selamat tengahari, selamat petang dan selamat malam. Jika hari-hari anda buat begini nescaya insan bodoh sombong akan merasakan dirinya disayangi.

Pada masa yang sama, anda pujilah orang-orang yang hebat (terutama lebih hebat dari si bodoh sombong)…lambat laun dia mesti SEDAR, bahawa dirinya tak la sehebat yang disangka untuk mendapat pujian anda. Jangan luper pula samakan dia dengan orang-orang yang tak berapa nak berjaya dalam hidup…contoh: Aku tengok ade mamat pit ni, kesian dia….kusut masai je aku tengok…sebijik macam kau, kan? (hahaha…sila jangan tiru aksi ini kalo tak nak mata anda biru lebam). Dengan ini keyakinan dia yang sedang berada di ruang angkasa mungkin akan balik jua ke bumi dengan selamat.

Sebenarnya….cara yang terakhir ni paling ideal dan selamat. Anda boleh bagi la tazkirah pada insan tersebut setiap hari tentang kepentingan ilmu di dada. Jika insan bodoh sombong dengan hari-hari selama 365 hari setiap 3 kali sehari mendengar tazkirah anda tentang ilmu….nescaya, dia tak kan berani membodohkan dan menyombongkan dirinyer di depan anda.

Setakat ni saja asahan pedang Ninja kali ni, harap-harap menusuklah ke dalam sanubari insan bodoh sombong ini…moga di masa hadapan, insiden STEP DOWN tak akan di REPLAY…


Picture
kebodohan dan kosombongan terserlah jua
 


Comments

bad sun

Sun, 20 Feb 2011 20:26:06

biarlah kdg2 kite bodoh...tp jgn jd BODOH SOMBONG selalu!!
btol x ninja sesat??=)

 

Ninja Sesat

Mon, 21 Feb 2011 01:31:31

Oppsss.....nmpknya entri Ninja kali ini melibas tersasar jauh dari target...walaubagaimana pon, jika ada yg tersentap n tak suke...sila tutup mata...

 

Ninja Sesat

Mon, 21 Feb 2011 01:33:27

Bad Sun....Bodoh tak per..orang boleh tolong...bab nyombong dalam kebodohan...tu ler sgt kesian...nak tolong pon takder perasaan jer

 

bad sun..,

Fri, 04 Mar 2011 08:18:16

btol3!!!h0h0h0~

 



Leave a Reply