PRESS COP
 
Multi Level Marketing (MLM) : isu dan penyelesaian..

Oleh : Ibnu Abd. Rahman.

(Seluruh artikel diambil dari Warta Jabatan Agama Johor (bilangan 449))

                MLM (Multi Level Marketing) atau pemasaran bertingkat-tingkat adalah salah satu kaedah perancangan pemasaran perniagaan yang digunakan secara meluas masa kini. Walaupun MLM berkonsepkan jualan langsung, tetapi system dan perjalanan antara sebahagian MLM dengan sebahagian yang lain adalah berbeza.

                Ketentuan hukum HALAL kepada bentuk perniagaan MLM tidak boleh dikiaskan hanya berpandukan kepada persamaan konsepnya atau siapa yang melibatkan diri dalam MLM tetapi ia mestilah dilihat didalam MLM itu sendiri. Ini kerana, hukum sesuatu perkara berkait rapat dengan hakikatnya bukan namanya semata-mata.

                Untuk mengetahui MLM dari pandangan Islam, kita perlu melihat kepada beberapa perkara seperti hukum asal MLM, sebab-sebab atau ‘ilah pengharaman dan bagaimanakah cara untuk keluar daripada unsur-unsur haram di dalam MLM.

                Jika dilihat dari sudut kebaikan, MLM berperanan sebagai ‘pemecah’ kepada pembolotan pasaran bagi sesetengah pengusaha dan produk. Tanpa disedari, barangan orang Islam tempatan hamper tidak kedapatan di pasaraya besar seperti supermarket atau hypermarket di Negara kita termasuklah pasar mini atau kedai-kedai runcit. Sedangkan sebahagian produk yang dikeluarkan oleh orang Islam tempatan mempunyai mutu yang lebih baik dan terjamin dari sudut halalnya.

                Hakikatnya, MLM dari sudut kebaikan boleh digunakan sebagai perancangan pemasaran yang dapat memecahkan pasarang yang dibentengi oleh syarikat antarabangsa khasnya. Ia berguna bagi memperkenalkan produk-produk halal yang dikeluarkan oleh orang-orang Islam tempatan khususnya dan antarabangsa amnya. Oleh sebab itu, kita perlu sama-sama berganding bahu untuk melihat cara perjalanan MLM dan seterusnya berusaha memperbaikinya agar bertepatan dengan syariah sebagaimana yang telah dilakukan terhadap Sistem Kewangan Syarie dan Skim Pelindungan (Takaful) Syariah.

                Hukum asal konsep MLM adalah harus selama mana tidak ada faktor-faktor yang mengharamkannya. Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram, maka selama itu muamalat tersebut kekal harus. Dengan kata lain, keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan kepada dalil, sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan dam samdaran kepada dalil yang kuat, seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama’.

                Walaupun hukum asalnya adalah harus tetapi disebalik itu, terdapat dalam sebahagian amalan MLM beberapa perkara haram yang dapat dikesan yang antaranya adalah seperti berikut:

1.            Amalan Riba

                Riba adalah lebihan yang ditentukan dari awal atau penambahan yang melebihi nilai perolehan tanpa ‘iwad (gentian) atau nilai tambah yang diterima daripada pihak pemberi komoditi (barang yang diperdagangkan) yang disyaratkan berasaskan tempoh masa tertentu.
                                                                                                                                 BERSAMBUNG.........
 


Comments




Leave a Reply

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    March 2011

    Categories

    All

    RSS Feed