PRESS COP
 
Picture
'kalaulah virus komputer boleh diagnos macam ni rasanye popular dah kerja MA ni =)'
Salam y'alls! Mat Gadget tampil dengan post pertama dalam segmen Dokter Gadget :Anti-Virus terbaik!!!! . Seperti yang kita tahu Virus dan segala keturunannya (i.e Trojan Horse, Worm) tidaklah mendatangkan sebarang keuntungan bagi kita pengguna gadget. Sejak revolusi virus Y2K, Mat Gadget tengok aktiviti virus ni makin berleluasa di alam maya kite ni (jangan terasa bagi yang berkenaan ye =) ). Senang kata, kepada penternak-penternak virus kat luar sana, bersiap sedia lah untuk mengeluarkan wang untuk me-repair gadget anda.

Dalam memilih anti-virus yang baik, kawan-kawan pengguna gadget harus menilai kemampuan diri jugak sebenarnya.  Jom kita tengok apa yang sesuai untuk anda.

Bagi mereka yang ada OS (windows, Mac) dan Microsoft Words genuine
Picture
Haa, untuk mereka yang ada all-genuine program, Mat Gadget rekemen kan korang guna Microsoft Security Essentials. Tanpa bayaran, korang boleh download je antivirus ni. Performance perlindungan yang tip-top, dengan firewall terbaik, tak leceh dan rating detection virus yang cekap membuatkan Microsoft Security Essentials menjadi pilihan. Keburukan cuma satu, bagi mereka yang mempunyai OS dan Words pirate tapi gatal-gatal tangan nak pakai Microsoft Security Essentials, maka Microsoft Security Essentials akan meng-update Windows anda, sekaligus meng-kantoi kan anda. Dengan kata lain, sedia lah nak format komputer ye. =) KEBAIKAN : PERCUMA, FIREWALL YANG DIINTERGRASIKAN BERSAMA OS WINDOWS. KEBURUKAN : MENG-UPDATE OS WINDOWS LANTAS MENG-KANTOIKAN PENGGUNAAN OS PIRATE PENGGUNA. RATING : 4.5 BINTANG.

Bagi mereka yang tak mau beli OS dan Words ori tapi banyak duit nak beli anti-virus
Picture
Sebenarnya Mat Gadget tak berapa galakkan kewujudan golongan ni, sebab Anti-virus sebegini akan buatkan korang terpaksa beli baru setiap tahun dengan harga yang mahal. Tapi bagi Mat Gadget setiap orang ada hak untuk menentukan cara hidup sendiri tak? Baiklah, bagi korang pulak, Mat Gadget paling rekemen penggunaan Kaspersky dan juga Eset NOD32. Kedua-dua antivirus ni dah pun lama menempa nama dalam alam maya dek keberkesanan mengesan, mengawal dan menghapuskan virus.

Picture
Mad Gadget sendiri pernah menggunakan kedua-dua Anti-virus ni. Ternyata memang keberkesanannya sangatlah efektif dan tidak boleh disangkal lagi. Senang kata, kedua-dua Anti-virus ni akan cari virus-virus yang ada dalam Gadget korang sehinggalah ke lubang cacing. KEBAIKAN : SANGAT EFEKTIF DAN BERKESAN DALAM MENANGANI VIRUS. KEBURUKAN : HARGA YANG MAHAL. RATING : 4.25 BINTANG

Bagi pengguna yang memang tak ada duit nak beli OS dan words ori, apatah lagi anti-virus yang mahal tu
Picture
Haa. Mat Gadget dapat rasa ramai kawan-kawan Mat Gadget kat luar sana ada dalam golongan ni. Korang tak perlu risau, Mat Gadget pun berada dalam golongan ni. Almaklumlah student, nak makan pun duit tak cukup. Hehe. Untuk golongan ini, Mat Gadget paling rekemen penggunaan Avira. Avira menepati piawaian penggunaan antivirus percuma yang baik, detection virus yang mantap, seterusnya firewall yang membantu melindungi dari kemasukan virus melalui internet. Selain itu, Avira juga menyediakan servis update melalui file, maksudnya bagi sesiapa yang tak mempunyai connection internet dekat gadget mereka (lebih-lebih lagi komputer), boleh pergi ke mana-mana sumber internet macam cyber cafe dan download dari website avira untuk dapatkan file update terkini. Namun begitu, ia agak memakan masa disebabkan fail tersebut agak besar (25MB). Avira juga kadang akan detect threat palsu, lebih-lebih mereka yang baru download file crack atau patch, juga akan dianggap virus. Walau bagaimanapun, untuk sebuah anti-virus free, Avira mudah dan tak leceh digunakan. KEBAIKAN : PERCUMA, MUDAH, BOLEH UPDATE GUNA FILE. KEBURUKAN : DETECTION PALSU YANG KERAP, FAIL UPDATE YANG BESAR, DAN DETECTION VIRUS YANG KURANG SENSITIF. RATING : 4 BINTANG.

sebarang bentuk perlindungan virus yang lain
Picture
Selain sebarang anti-virus yang korang ada, Mad Gadget rekemenkan korang untuk install Malwarebytes' Anti-Malware sebagai "extra protection" bagi gadget korang. Malwarebytes' Anti-Malware ni free je, dan korang boleh google di internet. Cuba lah, Mat Gadget jamin keberkesanannya.
Picture
USB Disk Security juga satu program yang melindungi gadget anda dari virus, dengan sekali install, tak perlu update, dan USB Disk Security akan auto-scan setiap gadget yang berhubung dengan komputer anda. Sangat bagus, memberi perlindungan 100% daripada virus yang menyelinap melalui pemacu USB. Namun, software ini perlu dibayar penggunaannya. (Mat Gadget menentang penggunaan barang pirate =p)

Tidak banyak yang Mat Gadget boleh tulis di sini untuk melindungi gadget-gadget anda dari virus-virus. Semuanya berbalik kepada sikap masing-masing, yang kebiasaannya mengambil mudah dengan virus dalam gadget anda. Beberapa tips tambahan yang Mat Gadget boleh sampaikan : scan dulu pemacu USB sebelum mula menggunakannya; Jangan double-click pada pemacu USB berpotensi mempunyai virus, sebaliknya right-click dan explore kerana virus masuk ke komputer melalui pembukaan fail melalui double-click. 

Sekian saja dari Mat Gadget minggu ni. Kita jumpa minggu hadapan dengan segmen Games Gempak! Sehingga bertemu lagi!

Mat Gadget
 


Comments

bad sun...

03/18/2011 05:35:07

suke sgt post pertama dri mat gadjet...bru ku thu rupenye kapersky mahal microsoft security essentials.,,hahaha~

 

Amar

03/21/2011 18:03:27

mat gadget pna dgr antivirus Panda Antivirus?

ssh nk cri review psl antivirus nie

 

Mat Gadget

04/15/2011 06:37:13

bad sun : betul3 !
amar : panda antivirus Mat Gadget pernah dengar. Kawan-kawan Mat Gadget pun ada yang guna, tapi biasa lah nama benda nak kena bayar ni Mat Gadget lemah skit :)

 



Leave a Reply