PRESS COP
 
Seremban_13 oktober 2010

Bertempat di Auditorium Perdana KPPS, telah diadakan suatu Program Ceramah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi yang berpusat di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Program ini turut juga dihadiri oleh barisan tenaga pengajar KPPS selain daripada pelatih-pelatih semester 1 sehingga pelatih-pelatih semester 3. 
     Jam 8.30 pagi majlis bermula hingga 9.30 pagi dengan ceramah pertama “Kawalan dan Pencegahan Penyakt Berjangkit” oleh Dr. Hamizan Iqbal Bin Abd. Halim,  PPKPK ,JKNS. Beberapa perkara yang dijelaskan oleh beliau ialah: 

  a)
      ‘meja keramat’. Maksud beliau ialah  meja yang penuh dengan maklumat sama ada berkaitan dengan aduan gejala pesakit atau pun penyelesaian kepada masalah mereka. Jika kita pastikan ‘meja’ ini ada ketika kita bertugas, mungkin kita mampu memberi pertolongan kepada masyarakat dengan perkhidmatan yang cemerlang.

b)
       “Kenapa masyarakat datang ke klinik atau pun hospital??” Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh beliau kepada semua pelatih di dalam auditorium tersebut. Persoalan yang dibangkitkan dijawab sendiri olehnya. Beliau menyatakan masyarakat datang adalah unntuk berjumpa dengan MA iaitu kita untuk mendapatkan rawatan dan mengadukan masalah kesihatan yang di alami oleh mereka.

c)
       Notifikasi bagi semua 26 kes penyakit berjangkit mesti dibuat dan dihantar ke pihak atasan. Hal ini adalah penting kerana dapat kita melakukan rawatan awal dan melaksanakan pencegahan awal dengan segera.
Picture
Ceramah disampaikan oleh Dr. Hamizan Iqbal Bin Abd. Halim
    Seterusnya jam 10.30 hingga 11.30 pagi ceramah disampaikan oleh En. Razali Bin Hashim, Pengelola Rawatan Tuberkulosis (TB) dengan tajuknya ialah Kawalan dan Pencegahan Penyakit TB. Beliau menerangkan kepada kita apakah itu tuberculosis? Bukan itu sahaja, beliau menjelaskan tanda dan gejala serta klasifikasi penyakit tuberculosis ini. Pada jam 11.30 hingga 12.30 tenghari diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh En. Mohamad Suhaimi Bin Adam PPKPK, JKN Negeri Sembilan denga tajuknya Notifikasi Kes Penyakit Berjangkit (Akta 342). Akta 324 merupakan satu akta mengenai pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit yang dikuatkuasakan pada 1988.

     Tuntasnya, antara intipati yang terkandung di dalam program ceramah kesihatan ini ialah Strategi Kawalan Penyakit yang merangkumi Surveillance(PENGAWASAN) , Pengesanan awal & notifikasi kes , Tindakan kawalan & pencegahan dalam kadar segera, Pengesanan kontek, EIP, dan Perundangan (PENGUATKUASAAN).Antara tujuan dan objektif penganjuran program ceramah kesihatan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih berkenaan Strategi Kawalan Infeksi selain daripada menerangkan tentang 26 penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasikan kepada Jabatan Kesihatan. Di samping itu, antara objektif lain ialah menerangkan golongan yang berisiko mendapat penyakit berjangkit dan juga menerangkan tanggungjawab pelatih-pelatih apabila sudah bergelar Penolong Pegawai Perubatan nanti.Program ceramah kesihatan ini telah tamat pada jam 12.30 tengah hari dan program ini disifatkan sebagai suatu pendedahan yang berguna kepada pelatih-pelatih kolej kita.

                                                                                                                                       ~ faez adys 76 ~
 


Comments




Leave a Reply