PRESS COP
 
SOALAN:

Minthe pernah mengguris hati sorang rakan dan dah pun minta maaf. Masalahnya, sampai skang  dia tak nak maafkan Minthe dan tak nak cakap even pun pandang muka Minthe. Minthe sedih sangat coz  rakan yang lain pun sokong dia.


Macam ni menyebabkan Minthe tak selesa nak belajar coz kitorang sekelas dan confirm sesiapa pun akan rasa tak selesa kalo ada orang yang benci kita. So, Minthe minta sikit bimbingan daripada Press Cop supaya Minthe lebih tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini demi menuntut ilmu ni.
                                                                                                                                      ~ Minthe ~
JAWAPAN: 

Sebelum Coffee ceramah panjang, Coffee nak kongsi satu kata2 dari sorang pujangga nih, William Blake pernah berkata "lebih mudah memaafkan seorang musuh daripada memaafkan seorang kawan".Mungkin itulah yang dirasai kawan Minthe tu sehingga tak sudi nak cakap atau pandang muka Minthe lagi. 

Minthe tahu tak, persahabatan adalah sesuatu yang sangat istimewa dan bermakna dalam hidup. Namun, kita perlu sentiasa bersedia kerana dalam persahabatan, sesorang sahabat itu boleh menjadi orang asing dalam hidup kita bila-bila masa saja,
 Maybe bagi Minthe, dia akan mudah maafkan dan melupakan kesalahan Minthe tu, tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Minthe kena ingat, permulaan kepada sebuah konflik selalu bermula daripada persepsi dan jangkaan kita yang salah. 

Satu tips  yang Coffee boleh bagi, Minthe boleh jadi sorang rakan yang baik kalo Minthe boleh memahami perasaan, tindakan dan tingkah laku kawan Minthe tu dengan menganggap dia sebagai adik or keluarga Minthe sendiri. Selain itu, apa yang boleh Minthe boleh buat adalah dengan mengingati saat manis dan perkara baik yang pernah berlaku dalam persahabatan korang nih.
Keikhlasan Minthe mengatasi konflik ini akan memudahkan dia menerima Minthe kembali. Ini kerana, dengan keikhlasan minta maaf dan melihat apa yang sudah berlaku sebagai satu cabaran dalam persahabatan, maka Minthe mahupun kawan Mitnhe tu lebih bersedia untuk menerima kenyataan terhadap apa yang berlaku. Walaupun menyedihkan, dengan hati yang terbuka Minthe kena memberi lebih masa, ruang dan peluang untuk rakan menyembuh kembali luka di hatiinya dan persahabatan korang nih. 

Minthe ingin menjadi seorang yang tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan demi menuntut ilmu pengetahuan. Ia sesuatu perbuatan yang sangat mulia. Konflik adalah realiti kehidupan. Konflik boleh membahayakan dan membawa kesedihan, tetapi konflik juga boleh menyatukan manusia dan kawan.
 As manusia kita belajar dari kesilapan tau Minthe dan melalui konflik juga persepsi salah boleh dibaiki atau dikurangkan. Coffee rasakan dan hopefully, konflik yang Minthe alami ni akan dapat merapatkan lagi persahabatan korang. 

Coffee pernah baca satu artikel...Dr Sidney Newton Bremer, seorang penulis dan motivator Barat ada menjelaskan,
"Pelaut berpengalaman tahu dirinya bukanlah tandingan samudera. Tetapi, dia tahu dia mampu menakluki samudera itu. Dia tahu ada banyak batu karang dan arus, tetapi dia belayar mengelilinginya. Dengan penuh sabar dan sentiasa berikhtiar sedaya upaya,  akhirnya pelaut itu tercapai juga tujuannya". Dalam Islam mahupun mana2 agama sekali pun, sebagai seorang yang beriman, seseorang itu mesti melalui apa saja kejadian atau masalah yang dihadapi dengan bersikap tenang sambil berdoa dan berserah kepada Tuhan.  

Minthe kena ingat, sikap bersabar ialah kesanggupan untuk menanggung segala perkara yang tidak disukai atau yang menyusahkan dirinya semata-mata takut kepada Allah@Tuhan dan mengharapkan pertolongan dariNya....
                                                                                                                           ~ Coffee Liquor ~

 


Comments




Leave a Reply

    kaunseling

    Dirundung masalah??

                 Putus cinjta?? 
           Gadoh dgn kwn??
            X bley study??
                 stress???

    Jgn biarkan diri kowg dirundung pelbagai masalah tnpa meluahkannya. Kitowg sedia mendengar dan akan cuba tolong kowg settle kan masalah tuh...
    Jgn malu jgn segan..apa pon masalah kowg, hantar je luahan hati kowg dan identiti pengirim kitowg rahsiakan..

      kppsnn@yahoo.com

    Masalah saya....

    Archives

    October 2010
    August 2010

    Categories

    All

    RSS Feed