PRESS COP
 
MASALAH: "Insan kecewa" pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20-an. "Insan kecewa" adalah seorang pelajar yang suka belajar secara berkumpulan.

Namun, sebelum peperiksaan akhir semester, "insan kecewa" menghadapi krisis dengan seorang kawan baik. Dia tidak lagi belajar dengan "insan kecewa" dan kawan-kawan yang lain. Dia seperti disisihkan, tetapi rakan-rakan yan lain tidak pernah menyisihkan dia. Sikapnya yang terlalu ego adalah penyebab "insan kecewa" menjadi bosan dengannya. Dia juga selalu bersendirian dan susah diajak berbincang. Akibat belajar bersendirian, dia mendapat keputusan teruk dan terus mengambil keputusan berhenti belajar tanpa pengetahuan sesiapa.
"Insan kecewa" cuba menghubunginya dan menghantar SMS, tetapi tidak dilayan. "Insan kecewa" berasa sangat bersalah dengan perkara ini. Persoalan...adakah "insan kecewa" adalah penyebab masalah ini terjadi?

RESOLUSI:

SETIAP orang bertanggungjawab atas diri mereka. Justeru, kawan baik berhak membuat pilihannya. Dia berhak memilih sama ada untuk terus kekal dalam kumpulan belajar atau mengasingkan diri. Banyak helah bela diri digunakan oleh kawan tersebut untuk tidak menyertai kumpulan belajar itu.


"insan kecewa" bukan penyebab kepada apa yang menimpa dirinya. Keputusan peperiksaannya teruk kerana dia sendiri kurang menumpukan perhatian serius kepada pelajaran. Perasaan tidak tenteram akan terus menghantui jika "insan kcewa" berasa bersalah di atas apa yang berlaku. Hubungan persahabatan yang sudah terjalin antara mereka berdua menyebabkan "insan kecewa" merasa terbabit sama dalam konflik dirinya. Konflik dirinya adalah konflik "insan kecewa" juga.


Bagaimanapun, usaha "insan kecewa" untuk membantu kawanya adalah baik. Orang yang bermasalah memerlukan bimbingan dan sokongan apatah lagi daripada kawan karib. Kata pepatah:
'Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.'Mengubah personaliti atau sifat diri seseorang bukanlah mudah walaupun ia boleh dilakukan dan prosesnya mengambil masa. Kadang kala berjaya dan kadang kala tidak. Contohnya, usaha "insan kecewa" menghubungi kawan dan menghantar SMS, tetapi tidak dilayan. Itulah antara cabaran yang perlu dihadapi dalam membantu rakan. Namun, jika ikhlas, adik boleh meneruskan berusaha membantunya sedaya mungkin.

Jika gagal, ia bukan salah "insan kecewa' kerana sudah berusaha dengan niat baik. Selebihnya, terpulang kepada kawannya untuk mengubah nasibnya sendiri.

Sebagai kawan baik, tentunya ada ciri-ciri yang kita miliki membolehkan kawan kita bersahabat dengan kita Jadi, gunakan ia untuk membantu kawan kita terutama dalam pelajaran. Dalam kes di atas memandangkan kawan "insan kecewa"  tidak suka belajar secara berkumpulan, "insan kecewa" boleh membantunya dengan mencari apakah cara lain yang boleh membantu dia mendapat keputusan baik dalam peperiksaan. Contohnya, dengan membuat jadual waktu belajar atau memilih orang-orang yang dia rasakan sesuai untuk berbincang. Sikap ego, suka bersendirian dan susah berbincang bukanlah ciri yang sesuai untuk belajar secara berkumpulan. Sebaliknya, sikap ini boleh merosakkan keharmonian hubungan ahli-ahli dalam kumpulan belajar. Dengan menyertai kumpulan belajar, adik akan dapat lebih memahami apa yang diajar. Selain itu, kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat berkongsi nota, petua dan idea. Segala tugasan yang diberikan juga lebih mudah dan cepat disiapkan.


Bagaimana, belajar secara kumpulan ada kalanya menghadapi masalah apabila ada ahli yang tidak sesuai. Apa yang perlu dilakukan ialah mencari ahli-ahli yang komited serta tidak ego. Tentukan berapa lama pertemuan kumpulan belajar akan berlangsung. Mulakan pertemuan kumpulan pada waktu yang sesuai serta buat agenda di awal setiap pertemuan. Ini akan membuatkan kumpulan mempunyai fokus iaitu untuk belajar, bukannya berbincang perkara-perkara yang tidak berkaitan.


Semoga kawan baik  akan keluar dari permasalahannya. Walaupun kita tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada kawan baik, bantuan dan sokongan kita terhadap dirinya penting seperti mana kata hikmah 'apabila datang kesusahan dan kepayahan, di situlah nyata kawan dan lawan.'


*Jika anda yang menghadapi nasib yang sama seperti insan kecewa di atas,maka fikirkanlah apa yang anda harus lakukan berdasarkan resolusi di atas...SELAMAT MENCUBA!!..

                                                                                                                                   ~ finashrif fairul ~
 


Comments




Leave a Reply

    kaunseling

    Dirundung masalah??

                 Putus cinjta?? 
           Gadoh dgn kwn??
            X bley study??
                 stress???

    Jgn biarkan diri kowg dirundung pelbagai masalah tnpa meluahkannya. Kitowg sedia mendengar dan akan cuba tolong kowg settle kan masalah tuh...
    Jgn malu jgn segan..apa pon masalah kowg, hantar je luahan hati kowg dan identiti pengirim kitowg rahsiakan..

      kppsnn@yahoo.com

    Masalah saya....

    Archives

    October 2010
    August 2010

    Categories

    All

    RSS Feed