PRESS COP
Nature art….. 03/07/2011
 
Angin, api, tanah dan air…..

Empat unsur ini membentuk persekitaran bumi yang sangat indah…. Pelbagai kepercayaan di kaitkan berkaitan setiap unsur ini mengikut pegangan masing-masing …

Namun di sini bukan itu yang ingin dikongsikan…sebaliknya kami ingin berkongsi hasil karya foto mewakili unsur-unsur berikut…..




Unsur angin…

Picture
Merenung dongak kelangit membawa kita melihat langit biru yang tidak akan Berjaya dicapai….kepulan-kepulan awan bak seputih dan selembut kapas bebas bergerak perlahan membentuk formasi dan bentuk yang tersendiri begitu mengasyikkan….

Foto-foto yang menonjolkan unsur ini mampu membawa pelbagai ekspresi dan kesan dramatic kepada individu yang melihat foto ini……

Langit yang luas membiru memberi kesan yang menenangkan bagi individu yang melihatnya… foto-foto seperti ini sesuai di pamerkan atau di letak diruang kamar tidur, pejabat dan ruang rehat…. Selain itu, unsur ini juga kini menjadi latar bagi foto perkahwinan…dimana foto ini digunakan sebagai latar bagi menggambarkan simbolik cinta yang aman, damai, kesucian dan kesejahteraan yang abadi…


Picture
Picture



















Unsur api...

bagi sesetengah individu unsur api mungkin melambangkan simbolik yang kurang menyenangkan dan kurang menjadi pilihan… sebaliknya pula bagi sesetengah individu yang gemar mengunakan unsur api dimana mereka menganggap api yang membara membawa simbolik semangat yang membara, kental akan halangan, kekuasaan , keganasan dan keghairahan….

Karya foto berunsurkan api ini jarang di jadikan potret perhiasan dinding…sebaliknya unsur ini kebiasaannya digunakan sebagai motif tatu, brusher pada kereta atau motosikal, dan wallpaper telefon bimbit.

Picture


Unsur tanah….

Foto yang mengenengahkan unsur ini mampu menonjolkan elemen ketenangan, keteguhan, asas kehidupan, menyamankan, kesegaran , kekayaan dan keharmonian…selain itu unsur ini juga mampu menonjol elemen pesimis tentang ketandusan, keperitan, kesengsaraan dan kemiskinan.

Karya foto ini sangat segar dan mampu menarik perhatian mahupun minat setiap individu yang melihatnya…. Antara subjek yang selalunya dieksplotasikan bagi menyerlahkan unsur ini adalah seperti rerumput nan menghijau, gunung-ganang yang teguh berdiri, debunga nan beraneka warna dan hamparan pantai yang meluas.

Potret foto ini sangat sesuai di pamerkan sebagai penghias dinding di pelbagai sudut ruang rumah, pejabat, sekolah dan dewan….

Picture
Picture














Unsur air...

Ketenangan, kedamaian, kesejahteraan, keharmonian, kebebasan, kesucian dan keseimbangan…..ekspresi-ekspresi inilah menjadi taruhan bagi karya foto yang berunsurkan elemen air…. Sememangnya tidak dinafikan foto-foto yang membawa unsur air ini sangat memukaukan dan mampu membawa individu yang melihat seakan berada disitu dan dapat mendengar deruan air yang mengalir terus-terusan….

Pukulan ombak membadai pantai, aliran air memutih berolak melalui batu-batuan gunung, aliran air tenang di sungai-sungai dan titisan ujan merupakan subjek yang selalu di ketengahkan bagi menonjolkan elemen unsur air…….

Potret foto berunsur air sangat sesuai dibuat penghias dingding dimana-mana sudut rumah, pejabat, sekolah….


Picture
 


Comments

pencinta unsur ketenangan hati

Tue, 17 May 2011 08:59:02

sungguh menarik betul article yang mempunyai byk unsur ini...gambar2 yg menarik..menenangkan bg yg mempunyai unsur ketenangan ini..
Tahniah kepada SEANS_JAZZ...
nice try...

 



Leave a Reply