PRESS COP
 

Salam perkenalan kepada kawan-kawan Encheq Doppelganger tidak kiralah sama ada Encheq sudah lama kenal, baru kenal, belum kenal mahupun akan kenal tanpa mengira warna kulit, jantina, kerjaya, cara hidup, jenis telefon bimbit yang dipakai, pernah mengalami musibah banjir ketika sedang menjalani latihan klinikal atau tidak, dan semualah – Encheq tidak ambil peduli pun semua itu. Semua orang Encheq menganggap sebagai kawan Encheq :)

Picture
Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, sebagai post entry yang pertama Encheq sejak mula berkecimpung dalam Kelab Penyiaran (PressCop) KPPS, Encheq ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu bahasa lain yang Encheq pernah belajar dahulu. Encheq ini, bukanlah orang pure kepada bahasa ini tetapi Encheq mengambil inisiatif sendiri untuk belajar ketika Encheq tinggal di Sabah dahulu.

Walau bagaimanapun, Encheq tidaklah begitu mahir bertutur dalam bahasa ini. Jika setakat perbualan harian yang ringkas bolehlah. Jadi, terlebih dahulu Encheq ingin memohon maaf andainya perkataan yang Encheq akan ajar silap atau tidak tepat kerana Encheq tidak mengambil sebarang kelas bahasa ini secara rasmi. Sekiranya terdapat sebarang kekhilafan sewaktu Encheq ajar nanti, mohon sesiapa sahaja antara kawan Encheq yang tahu bahasa ini, akan perbetulkan kekhilafan Encheq, dan untuk itu, Encheq sangat berterima kasih.

Picture
Oklah, Encheq tidak mahu beleter panjang, jadi, untuk mempermudahkan sesi pembelajaran Bahasa Suluk, Encheq akan sediakan satu jadual bahasa di , mana terdapat dua column, satu merupakan bahasa Melayu, dan satu lagi merupakan bahasa Suluk. Selamat belajar!
Picture
Setakat itu sahajalah yang dapat Encheq coretkan. Encheq akan sambung semula sesi “Mari Belajar Bahasa Suluk (Tausug) Bersama Encheq Doppelganger :)) #2” pada post entry yang akan datang. Untuk kelas bahasa seterusnya, Encheq akan mengajar bagaimana kita dapat membina ayat berdasarkan perkataan-perkataan itu tadi. Jadi, nantikan kemunculan post Encheq nanti ya! Sekian sahaja daripada Encheq Doppelganger, sehingga kita bertemu lagi dalam sesi berikutnya !