PRESS COP
 
Picture
 
         Meniru boleh didefinisikan dalam pelbagai bentuk, cara mahupun bahasa. Dalam konteks yang mudah, meniru boleh didefinisikan sebagai mengambil hak cipta orang lain secara sengaja dan dengan niat meniru tidak kira dari segi perbuatan, tingkah laku, percakapan, hasil kerja bertulis, rakaman video dan audio, demi untuk kepentingan sendiri.

      Sesungguhnya, meniru mempunyai aspek yang meluas, bergantung kepada pemikiran dan tanggapan seseorang. Meniru ini tidak mengira jantina, berlaku pada semua peringkat usia, bangsa mahupun agama. Perkara ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidak mengira tempat mahupun keadaan. Hal ini juga berlaku atas sebab-sebab tersendiri demi untuk kepentingan individu atau sesebuah pihak. Banyak faktor yang menyumbang ke arah masalah ini berlaku. Di sini, sedikit sebanyak akan dikupaskan tentang fenomena ini dari aspek contoh-contoh meniru, sebab-sebab meniru dan kesan meniru. Walaupun sesetengah pihak memandang remeh tentang perkara ini, namun perkara ini perlu direnung bersama.

      Antara contoh yang paling ketara ialah perbuatan meniru dalam peperiksaan. Dala konteks ini, keadaan ini berlaku kepada para pelajar tanpa mengira peringkat pengajian. Hal ini terjadi apabila tersemainya sikap tidak mahu mencuba untuk membaiki kelemahan dan sebaliknya mengambil jalan mudah untuk mencapai sasaran  dengan meniru. Pihak yang mengamalkan perbuatan ini tidak mempertimbangkan tentang kesan perbuatan mereka ini. Contoh yang lain yang dapat diberi di sini dalam konteks yang lebih besar ialah meniru hak cipta seseorang atau sesebuah organisasi. Dalam kes ini, individu yang meniru berniat untuk mengambi jalan singkat untuk mendapatkan keuntungan dengan senang dan cepat. Namun, mereka tidak sedar  bahawa perbuatan mereka ini merugikan pihak yang mencipta benda atau sesebuah karya. Contohnya, cetak rompak rakaman video ataupun audio yang ditiru dan dihasilkan dalam bentuk dan cara tersendiri, dijual dengan harga yang jauh murah dari harga siling yang ditetapkan oleh FIRMA dan ini amat menguntungkan pihak yang meniru.

      Seterusnya, sebab dan musabab kenapa berlakunya hal-hal sebegini. Punca utama ialah disebabkan terdesak. Apabila sesseorang berada dalam keadaan terdesak untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu, berbagai-bagai cara dan helah akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka tidak mengambil endah akan kesan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu. Pada mereka, hanyalah meniru hasil kerja orang lain tanpa mengira pengorbanan orang yang menghasilkan hasil kerja tersebut demi kepentingan diri.

      Selain itu, sikap malas juga mendorong berlakunya fenomena yang tidak sihat ini. Secara lumrahnya, manusia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Namun, sikap malas yang ada pada diri seseorang individu, menguatkan lagi kata hati untuk meniru.

      Ketiadaan keyakinan diri seseorang individu akan mendorong seseorang untuk meniru. Contohnya seorang murid yang lemah dalam akademik dan tiada keyakinan diri meniru dalam peperiksaan. Padahal, masalah ini dapat diatasi dengan memupuk pendirian dan pemikiran yang betul. Perbuatan meniru ini akan melemahkan daya pemikiran si peniru dan seterusnya mendatangkan banyak kesulitan dalam kehidupan sehariannya. Dalam hal ini, penekanan harus diberi kepada golongan seperti pelajar agar mereka sedar akan pentingnya berusaha mencapai matlamat Oleh itu,  setiap masalah ada penyelesaiannya, segala ikatan akan terlerai. Terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini.

      Sebelum menutup sesi bicara, dapatlah disimpulkan bahawa perbuatan meniru mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Apa yang penting ialah seseorang individu perlu mengambil inisiatif untuk mencapai matlamat dan bukan melalui perbuatan meniru.

                                                                                                              Nukilan,
                                                                                                              Norhisyam Rasyidi (K77)
                                                                                                                         Diedit oleh : Charles Teo, k78
Picture
 
   Namanya diubahsuai daripada bahasa Portugis; futebol de salao dan bahasa Sepanyol; futbol de salon yang bermaksud ‘bola sepak dewan’ atau ‘bola sepak dalam bangunan(indoor)’.


    Semasa Kejuaraan Sukan Dunia Kedua diadakan di Madrid pada 1985, nama futbol de salon telah digunakan. Semenjak itu, nama sukan ini telah ditukar kepada futsal secara rasminya.

Peraturan :
  • Terdiri daripada 5 orang pemain bagi sebelah padang, termasuk penjaga gol.
  • Boleh mempunyai sehingga 7 orang pemain gantian bagi sesebuah kumpulan.
  • Penggantian pemain boleh dilakukan berapa kali pun, walaupun permainan sedang berlangsung.
  • Jika bilangan pemain bagi sesuatu kumpulan kurang daripada 3 orang, permainan akan ditamatkan/dibatalkan.
  • Pakaian terdiri daripada jersi atau baju berlengan,  seluar pendek, shinguard ( untuk melindungi tulang betis ), stoking dan kasut bertapak getah.
  • Permainan ini memerlukan 3 orang pengadil.
  • Pengadil utama bertindak mengawal permainan perngadil kedua bertindak menjaga garisan, dan yang ketiga akan menggantikan pengadil kedua jika berlaku apa-apa masalah terhadap pengadil pertama dan kedua.
  • Mengandungi 2 sesi permainan. Biasanya dimainkan dalam tempoh 20 minit bagi satu sesi.
  • Tempoh rehat di antara keduanya tidak boleh melebihi 15 minit.
  • Bola yang digunakan mestilah sfera, berukur-lilit 62 - 64 cm, dan berat antara 400 - 440 g.
Padang /Pitch :


Picture

 














Gambaran dari atas padang permainan futsal.


Picture













                              Spesifikasi  padang permainan futsal.


Picture

















 Spesifikasi saiz dan ukuran tempat jaringan gol.


Picture














Spefikasi kawasan penalti.

                                                                                                                    
                                                                                                                              idaham hamdan
                                                                                                                                          k 76
                                                                                                                               love, peace & fun

 
     Sukan ini merupakan permainan yang memerlukan  kepantasan, kemahiran dan kelincahan berlari, melompat, melontar dan menangkap bola. Satu-satu pasukan boleh mempunyai sehingga 12 orang pemain, tetapi hanya 7 orang yang boleh masuk bermain di padang. Setiap pemain mempunyai posisi tertentu yang menentukan kawasan yang boleh dimasuki oleh mereka. Posisi ini pula dapat diketahui berpandukan huruf-huruf yang dipakai oleh para pemain.

Peraturan-peraturan
BOLA :

  • Diperbuat daripada getah, kulit atau bahan yang hamper sama.
  • Berat bola antara 400 – 450 g
  • Ukur lilit antara 690 – 710 cm
PADANG :
  • Panjang 30.5 m ; lebar 15.25 m ; dibahagi kepada 3 bahagian.
  • Bulatan tengah berdiameter 0.9 meter ; kedua-dua bulatan gol mestilah semi-bulatan dengan radius 4.9 m
  • Tiang gol berada betul-betul di tengah bulatan gol ; berketinggian 3.05m
  • Saiz gegelang gol ; diameter dalaman 38cm
MASA :
  • Permainan terbahagi kepada 4 bahagian masa ; 15 minit bagi setiap bahagian
  • 5 minit diperuntukkan bagi setengah masa permainan
  • 2 minit masa tambahan diperuntukkan bagi setiap kecederaan
POSISI :

Picture

Picture

















                                                                                                                 idaham hamdan

                                                                                                                 k76
                                                                                                   love peace & fun