PRESS COP
 
Picture
2 April 2011, Sabtu, 

                            Satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara telah dianjurkan oleh Kumpulan 78. Seramai 90 orang pelatih KPPS yang terdiri daripada semester satu,dua, tiga ,dan empat diiringi oleh seorang guru pengiring, iaitu Cik Suria Binti Ibrahim selaku penyelaras Kumpulan 78 menyertai lawatan itu. Lawatan ini telah melibatkan penggunaan tiga buah bas kolej yang  mana jarang sekali tiga buha bas digunakan sekali gus dalam mana-mana lawatan kolej. 7.45 pagi, bermulanya perjalanan menuju ke Pusat sains Negara.

      Setibanya di Pusat Sains Negara, semua pelatih yang mengikuti lawatan tersebut termasuk guru pengiring sempat bergambar sebagai kenangan sebelum masuk ke dalam Pusat Sains Negara tersebut. Selepas semua yang terlibat telah diberikan tiket kemasukan, maka semua pelatih pun dibenarkan berpecah.          
Picture
Picture
Para pelatih amat bertuah kerana terdapat pameran dinasour yang sedang berlangsung di PSN. Majoriti para pelatih mengambil peluang untuk bergambar dan melihat dengan lebih dekat berkenaan latar belakang serta cara hidup makhluk yang telah lama pupus di muka bumi ini. Selain itu, para pelatih juga berkesempatan melihat pameran sains yang sungguh menakjubkan seperti penghasilan cyclone, mindball (permainan yang menguji ketenangan minda), dan struktur anatomi tubuh manusia.

      Pada pukul 1.30pm, semua ahli lawatan bertolak pulang ke kolej. Kebanyakan daripada mereka berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan pada masa akan datang. Sesungguhnya program sebegini amat berguna dalam menjana minda semua pelatih.
Picture

                                                                                                                    Charles Teo Ming Cong
                                                                                                                                            K78

                                                                                                                               love peace fun

 
Picture
Sabtu , 9 April 2011: 
                         
                          Kumpulan 76  diketuai oleh Muhammad Syafiq Bin Mat Rais menganjurkan “ KPPS PES  EUROPEAN LEAGUE 2011”. Pertandingan tersebut telah diadakan di dewan peperiksaan 1. Acara majlis ini dimulakan pada pukul 9 pagi. Seramai 32 orang yang telah mengambil bahagian dalan pertandaingan PES yang dianjurkan ini. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM8 bagi setiap seorang peserta. Bayaran ini adalah sebagai yuran penyertaan pertandingan ini. Terdapat 8 buah laptop yang telah digunakan dan 16 pasang joystick. Peserta yang telah mengambil bahagian telah di pecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu A,B,C,D,E,F,G,H. Dalam setiap kumpulan terdapat 4 orang peserta. Peserta ini merangkumi daripada kumpulan 75, 76, 77 dan 78. Pertandingan ini  diadakan adalah untuk merapatkan lagi persahabatan diantara senior dan juga junior. Selain dapat merehatkan minda daripada stress peperiksaan yang telah dilalui. Kemahiran dan juga perancangan strategik yang berkesan merupakan kunci kejayaan dalam menjaringkan gol dan meraih kemenangan kerana bukan senang bermain dengan joystick ini. Bukannya acara di padang hanya kaki yang menendang. Acara ini dinilai berdasarkan jumlah pungutan mata dimana pusingan peringkat kumpulan adalah secara liga manakala peringakat seterusnya adalah secara kalah mati. Berikut  merupakan  senarai peserta yang layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir :-
                                                              PERINGKAT SUKU AKHIR
Picture
Picture
                                                             PERINGKAT SEPARUH AKHIR
Picture
Picture
Tiba lah masa yang dinanti-nanti iaitu perlawanan akhir PES KPPS 2011. Setelah berhempas pulas, memerah keringat akhirnya FAUZAN  dari kumpulan  77 diangkat sebagai juara KPPS PES EUROPEAN LEAGUE 2011. Setelah berjaya menyingkirkan pesaingannya IMRAN yang juga dari kumpulan 77. Tempat  ketiga disandang oleh Nasri juga dari kumpulan 77 . Hanya  seorang sahaja wakil dari kumpulan 76 yang meraih tempat ke empat iaitu Izaudin. Penyampaian hadiah disampaikan oleh bendahari MTP iaitu saurdara Mohd Azwan Kassimi. Hadiah yang disediakan hanya sampai tempat ketiga sahaja. Kepada yang tidak berjaya janganlah berduka cita. Adat permainan, “ada yang menang dan ada yang kalah”. Semoga aktivititi seperti ini terus diadakan di KPPS  oleh para pelatih dengan permainan yang berbeza pula.


                                                                                                                                       Weera Putra
                                                                                                                                     love peace fun

 
Picture
para pelatih bersungguh2 pada hari gotong royong...
Khamis, 31 Mac 2011 :

                 Seperti yang semua ketahui, jalan raya berhampiran Kolej Pembantu Perubatan  Seremban sering  mengalami masalah jalan raya yang tidak rata ditambah lagi dengan kehadiran lumpur dan lecak serta lopak air  yang mengganggu kelancaran perjalanan masuk dan keluar kenderaan terutama pada waktu  hujan,  lalu kelab Komuniti telah  menjalan  satu lagi projek amal  dengan mengadakan gotong royong dikawasan berhampiran  Kolej Pembantu Perubatan.Aktiviti yang  bermula tepat jam 6 petang dan berlansung selama satu  setengah jam  ini, telah menambak lubang-lubang yang terbentuk  akibat daripada  tekanan yang diberi oleh tayar kenderaan  yang lalu -lalang dikawasan  tanah lembut tersebut. Atas inisiatif yang  begitu baik, ahli kelab komuniti yang seramai 15 orang tidak termasuk  penasihatnya  iaitu En S.M Vinthai, telah menambak lubang selain membuat saliran baru pada tanah lembut tersebut untuk memastikan air tidak bertakung dan meyebabkan lopak air wujud semula.Pelbagai alatan digunakan termasuklah 2 kereta sorong, 2 penyodok, 2 pengorek longkang,3 cangkul dan pelbagai lagi.           
Picture
Sir Vinthai menunjukkan cara yang betul memegang cangkul..
Di samping menambak, Penasihat kelab ini sempat lagi mengajar cara menggunakan alatan alatan tersebut   separti cara memegang cangkul, cara menyodok tanah dengan baik dan cara menambak tanah dengan efektif. Kelihatan semua ahli menjalankan tugas  dengan baik dan mengamalkan  konsep Satu Malaysia yang mana, serta menjalankan tugas dengan kerjasama  dan bertoleransi antara satu sama lain tanpa mengira  warna kulit dan bukan mencari  perbedaan  tetapi cuba mencari persamaan  yang wujud antara mereka semua. Justeru, saliran baru yang berukuran lebih kurang 15 kaki dan hasil tambakan beberapa kereta sorong tanah berbatu  granit diharap menambah lagi kualiti jalan raya berhampiran kolej dan mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin menyebabkan  kecederaan khususnya pada pelatih-pelatih kolej ini. Selain itu,diharapkan kerja-kerja amal seperti ini dapat diteruskan oleh kelab ini  dan  diharap dapat  menjadi ikutan kepada semua kelab lain  di kolej ini.

                                                                                                                       Fadhil Dhey
                                                                                                                 ~love peace fun~
 
Picture
Soutul Faizin sedang 'Rapuh dan Hanyut'
Rabu, 30  Mac 2011 :

                 "Sebenarnya susah untuk kami memilih siapakah pemenang pada malam ini. Jika anda melihatnya sendiri, anda boleh tahu!" itulah yang dikatakan oleh En. Hamzah Bin Yan selaku Ketua Juri pada Festival Nasyid KPPS yang dianjurkan oleh Biro Kebudayaan MTP 10/11 pada 30 Mac 2011 baru-baru ini. Soutul Faizin wakil lelaki dari k76, berjaya pulang dengan gelaran Juara pada malam festival tersebut dengan mengalahkan 4 kumpulan yang lain. Biarpun menjadi kumpulan terakhir melakukan persembahan namun semangat berpegang kepada "Rapuh" dan "Hanyut", membawa lagu yang berbentuk kontemporari moden ini daripada Opick dan UNIC, menjadikan ia sebagai satu kelainan kepada Soutul Faizin selain persembahan suara yang mantap dari 10 ahlinya yang berpakaian seperti "Men In Black".           
Picture
Syautul Muslimin dan Al-Bugahir
              Sebanyak 5 buah kumpulan yang bertanding dan setiap kumpulan wajib membawa 2 buah lagu untuk dipertandingkan pada malam itu. Kumpulan pertama yang membuka tirai malam festial itu, ialah Al-Bugahir wakil daripada K78 dengan lagunya Assalamualaikum (Rabbani) dan Nostalgia.  Walaupun terdiri daripada 3 orang sahaja ahlinya, tetapi mereka tetap bersemangat, masih boleh menyampaikan satu persembahan yang baik dan merekalah vokalisnya, dan merekalah pemain alat muzik. Seterusnya, kumpulan kedua ialah Syautul Muslim, wakil lelaki K77 dengan lagu Teman Sejati (Brothers) dan Iman Mutiara (Raihan). Persembahan tanpa iringan alat muzik ataupun minus one, menjadikan satu persembahan bersahaja daripada Syautul Muslim ini.
Picture
Nurul Imman dan An-Nisa...
               An-Nisa' wakil perempuan K76, menambahkan seri lagi festival malam itu dengan lagunya Setanggi Syurga (Inteam) dan Doa Perpisahan (Brothers). Kelainan daripada An-Nisa ialah ketika menyanyikan lagu kedua mereka, Doa Perpisahan, salah seorang daripada ahli mereka bersajak sebagai menunjukkan mereka menghargai persahabatan yang terjalin antara mereka. Majlis diteruskan lagi dengan wakil perempuan K77 iaitu Nurul Imman dengan lagu Pemergianmu (Inteam) dan Puteriku Sayang (Hijjaz). Jangan dipandang rendah kepada kaum yang menghayun buaian ini, kerana persembahan suara yang mantap dari 5 ahli Nurul Imman ini, menjadikan mereka pemenang tempat kedua pada malam Festival Nasyid KPPS. 

                     Secara keseluruhan, setiap kumpulan memberikan satu usaha yang baik dalam menjayakan festival tersebut biarpun baru sahaja selesai formatif . Kepada mana-mana kumpulan yang tidak berjaya itu, boleh mencuba lagi pada masa hadapan kerana percayalah peluang dan kejayaan ada di mana-mana sekiranya kita usaha untuk dapatkannya. Semoge Majlis Tertinggi Pelatih terus mengadakan festival-festival seperti ini agar dapat memeriahkan lagi suasana KPPS ini.
Picture
Nurul Imman...merangkul tempat kedua dalam malam Festival Nasyid....
Picture
Barisan juri dan En.Hamzah selaku Ketua Juri....
Pudin Xococ               
love peace fun