PRESS COP
 
Picture
2 April 2011, Sabtu, 

                            Satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara telah dianjurkan oleh Kumpulan 78. Seramai 90 orang pelatih KPPS yang terdiri daripada semester satu,dua, tiga ,dan empat diiringi oleh seorang guru pengiring, iaitu Cik Suria Binti Ibrahim selaku penyelaras Kumpulan 78 menyertai lawatan itu. Lawatan ini telah melibatkan penggunaan tiga buah bas kolej yang  mana jarang sekali tiga buha bas digunakan sekali gus dalam mana-mana lawatan kolej. 7.45 pagi, bermulanya perjalanan menuju ke Pusat sains Negara.

      Setibanya di Pusat Sains Negara, semua pelatih yang mengikuti lawatan tersebut termasuk guru pengiring sempat bergambar sebagai kenangan sebelum masuk ke dalam Pusat Sains Negara tersebut. Selepas semua yang terlibat telah diberikan tiket kemasukan, maka semua pelatih pun dibenarkan berpecah.          
Picture
Picture
Para pelatih amat bertuah kerana terdapat pameran dinasour yang sedang berlangsung di PSN. Majoriti para pelatih mengambil peluang untuk bergambar dan melihat dengan lebih dekat berkenaan latar belakang serta cara hidup makhluk yang telah lama pupus di muka bumi ini. Selain itu, para pelatih juga berkesempatan melihat pameran sains yang sungguh menakjubkan seperti penghasilan cyclone, mindball (permainan yang menguji ketenangan minda), dan struktur anatomi tubuh manusia.

      Pada pukul 1.30pm, semua ahli lawatan bertolak pulang ke kolej. Kebanyakan daripada mereka berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan pada masa akan datang. Sesungguhnya program sebegini amat berguna dalam menjana minda semua pelatih.
Picture

                                                                                                                    Charles Teo Ming Cong
                                                                                                                                            K78

                                                                                                                               love peace fun

 
Picture
Sabtu , 9 April 2011: 
                         
                          Kumpulan 76  diketuai oleh Muhammad Syafiq Bin Mat Rais menganjurkan “ KPPS PES  EUROPEAN LEAGUE 2011”. Pertandingan tersebut telah diadakan di dewan peperiksaan 1. Acara majlis ini dimulakan pada pukul 9 pagi. Seramai 32 orang yang telah mengambil bahagian dalan pertandaingan PES yang dianjurkan ini. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM8 bagi setiap seorang peserta. Bayaran ini adalah sebagai yuran penyertaan pertandingan ini. Terdapat 8 buah laptop yang telah digunakan dan 16 pasang joystick. Peserta yang telah mengambil bahagian telah di pecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu A,B,C,D,E,F,G,H. Dalam setiap kumpulan terdapat 4 orang peserta. Peserta ini merangkumi daripada kumpulan 75, 76, 77 dan 78. Pertandingan ini  diadakan adalah untuk merapatkan lagi persahabatan diantara senior dan juga junior. Selain dapat merehatkan minda daripada stress peperiksaan yang telah dilalui. Kemahiran dan juga perancangan strategik yang berkesan merupakan kunci kejayaan dalam menjaringkan gol dan meraih kemenangan kerana bukan senang bermain dengan joystick ini. Bukannya acara di padang hanya kaki yang menendang. Acara ini dinilai berdasarkan jumlah pungutan mata dimana pusingan peringkat kumpulan adalah secara liga manakala peringakat seterusnya adalah secara kalah mati. Berikut  merupakan  senarai peserta yang layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir :-
                                                              PERINGKAT SUKU AKHIR
Picture
Picture
                                                             PERINGKAT SEPARUH AKHIR
Picture
Picture
Tiba lah masa yang dinanti-nanti iaitu perlawanan akhir PES KPPS 2011. Setelah berhempas pulas, memerah keringat akhirnya FAUZAN  dari kumpulan  77 diangkat sebagai juara KPPS PES EUROPEAN LEAGUE 2011. Setelah berjaya menyingkirkan pesaingannya IMRAN yang juga dari kumpulan 77. Tempat  ketiga disandang oleh Nasri juga dari kumpulan 77 . Hanya  seorang sahaja wakil dari kumpulan 76 yang meraih tempat ke empat iaitu Izaudin. Penyampaian hadiah disampaikan oleh bendahari MTP iaitu saurdara Mohd Azwan Kassimi. Hadiah yang disediakan hanya sampai tempat ketiga sahaja. Kepada yang tidak berjaya janganlah berduka cita. Adat permainan, “ada yang menang dan ada yang kalah”. Semoga aktivititi seperti ini terus diadakan di KPPS  oleh para pelatih dengan permainan yang berbeza pula.


                                                                                                                                       Weera Putra
                                                                                                                                     love peace fun

 
Picture
para pelatih bersungguh2 pada hari gotong royong...
Khamis, 31 Mac 2011 :

                 Seperti yang semua ketahui, jalan raya berhampiran Kolej Pembantu Perubatan  Seremban sering  mengalami masalah jalan raya yang tidak rata ditambah lagi dengan kehadiran lumpur dan lecak serta lopak air  yang mengganggu kelancaran perjalanan masuk dan keluar kenderaan terutama pada waktu  hujan,  lalu kelab Komuniti telah  menjalan  satu lagi projek amal  dengan mengadakan gotong royong dikawasan berhampiran  Kolej Pembantu Perubatan.Aktiviti yang  bermula tepat jam 6 petang dan berlansung selama satu  setengah jam  ini, telah menambak lubang-lubang yang terbentuk  akibat daripada  tekanan yang diberi oleh tayar kenderaan  yang lalu -lalang dikawasan  tanah lembut tersebut. Atas inisiatif yang  begitu baik, ahli kelab komuniti yang seramai 15 orang tidak termasuk  penasihatnya  iaitu En S.M Vinthai, telah menambak lubang selain membuat saliran baru pada tanah lembut tersebut untuk memastikan air tidak bertakung dan meyebabkan lopak air wujud semula.Pelbagai alatan digunakan termasuklah 2 kereta sorong, 2 penyodok, 2 pengorek longkang,3 cangkul dan pelbagai lagi.           
Picture
Sir Vinthai menunjukkan cara yang betul memegang cangkul..
Di samping menambak, Penasihat kelab ini sempat lagi mengajar cara menggunakan alatan alatan tersebut   separti cara memegang cangkul, cara menyodok tanah dengan baik dan cara menambak tanah dengan efektif. Kelihatan semua ahli menjalankan tugas  dengan baik dan mengamalkan  konsep Satu Malaysia yang mana, serta menjalankan tugas dengan kerjasama  dan bertoleransi antara satu sama lain tanpa mengira  warna kulit dan bukan mencari  perbedaan  tetapi cuba mencari persamaan  yang wujud antara mereka semua. Justeru, saliran baru yang berukuran lebih kurang 15 kaki dan hasil tambakan beberapa kereta sorong tanah berbatu  granit diharap menambah lagi kualiti jalan raya berhampiran kolej dan mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin menyebabkan  kecederaan khususnya pada pelatih-pelatih kolej ini. Selain itu,diharapkan kerja-kerja amal seperti ini dapat diteruskan oleh kelab ini  dan  diharap dapat  menjadi ikutan kepada semua kelab lain  di kolej ini.

                                                                                                                       Fadhil Dhey
                                                                                                                 ~love peace fun~
 
Picture
Soutul Faizin sedang 'Rapuh dan Hanyut'
Rabu, 30  Mac 2011 :

                 "Sebenarnya susah untuk kami memilih siapakah pemenang pada malam ini. Jika anda melihatnya sendiri, anda boleh tahu!" itulah yang dikatakan oleh En. Hamzah Bin Yan selaku Ketua Juri pada Festival Nasyid KPPS yang dianjurkan oleh Biro Kebudayaan MTP 10/11 pada 30 Mac 2011 baru-baru ini. Soutul Faizin wakil lelaki dari k76, berjaya pulang dengan gelaran Juara pada malam festival tersebut dengan mengalahkan 4 kumpulan yang lain. Biarpun menjadi kumpulan terakhir melakukan persembahan namun semangat berpegang kepada "Rapuh" dan "Hanyut", membawa lagu yang berbentuk kontemporari moden ini daripada Opick dan UNIC, menjadikan ia sebagai satu kelainan kepada Soutul Faizin selain persembahan suara yang mantap dari 10 ahlinya yang berpakaian seperti "Men In Black".           
Picture
Syautul Muslimin dan Al-Bugahir
              Sebanyak 5 buah kumpulan yang bertanding dan setiap kumpulan wajib membawa 2 buah lagu untuk dipertandingkan pada malam itu. Kumpulan pertama yang membuka tirai malam festial itu, ialah Al-Bugahir wakil daripada K78 dengan lagunya Assalamualaikum (Rabbani) dan Nostalgia.  Walaupun terdiri daripada 3 orang sahaja ahlinya, tetapi mereka tetap bersemangat, masih boleh menyampaikan satu persembahan yang baik dan merekalah vokalisnya, dan merekalah pemain alat muzik. Seterusnya, kumpulan kedua ialah Syautul Muslim, wakil lelaki K77 dengan lagu Teman Sejati (Brothers) dan Iman Mutiara (Raihan). Persembahan tanpa iringan alat muzik ataupun minus one, menjadikan satu persembahan bersahaja daripada Syautul Muslim ini.
Picture
Nurul Imman dan An-Nisa...
               An-Nisa' wakil perempuan K76, menambahkan seri lagi festival malam itu dengan lagunya Setanggi Syurga (Inteam) dan Doa Perpisahan (Brothers). Kelainan daripada An-Nisa ialah ketika menyanyikan lagu kedua mereka, Doa Perpisahan, salah seorang daripada ahli mereka bersajak sebagai menunjukkan mereka menghargai persahabatan yang terjalin antara mereka. Majlis diteruskan lagi dengan wakil perempuan K77 iaitu Nurul Imman dengan lagu Pemergianmu (Inteam) dan Puteriku Sayang (Hijjaz). Jangan dipandang rendah kepada kaum yang menghayun buaian ini, kerana persembahan suara yang mantap dari 5 ahli Nurul Imman ini, menjadikan mereka pemenang tempat kedua pada malam Festival Nasyid KPPS. 

                     Secara keseluruhan, setiap kumpulan memberikan satu usaha yang baik dalam menjayakan festival tersebut biarpun baru sahaja selesai formatif . Kepada mana-mana kumpulan yang tidak berjaya itu, boleh mencuba lagi pada masa hadapan kerana percayalah peluang dan kejayaan ada di mana-mana sekiranya kita usaha untuk dapatkannya. Semoge Majlis Tertinggi Pelatih terus mengadakan festival-festival seperti ini agar dapat memeriahkan lagi suasana KPPS ini.
Picture
Nurul Imman...merangkul tempat kedua dalam malam Festival Nasyid....
Picture
Barisan juri dan En.Hamzah selaku Ketua Juri....
Pudin Xococ               
love peace fun             
 
Picture
                    Pada  16 Mac 2011, kumpulan pelajar semester 3 kolej Pembantu Perubatan Seremban (KPPS), K76 telah mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) yang terletak di Sungai Buloh. Lawatan yang disertai oleh 73 orang pelajar dengan diiringi oleh dua orang pengajar iaitu En. Azman dan En. Hamzah bin Yan ini bertujuan untuk mendedahkan pelatih Penolong Pegawai Perubatan kepada keadaan sebenar penyakit kusta dan rawatannya. Perjalanan bermula pada 7.45 pagi dengan 2 buah bas kolej dan tiba di sana kira-kira jam 9.15 pagi.

                     Ketibaan  pelatih disambut dengan hujan renyai-renyai. Pada awalnya, para pelatih dibawa ke dewan untuk mendengar taklimat berkenaan Pusat Kawalan Kusta Negara. Pada pukul 10.00 pagi, semua pelatih dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pihak PKKN sebelum sesi taklimat kedua bermula. Sebelum penemuan ubat dapsone, perawat menggunakan biji buah ketapang yang dihancurkan untuk merawat pesakit kusta disini. Biji buah ketapang yang dihancurkan ini akan dicampurkan dengan minyak kelapa dan disapukan pada lesi di kulit akibat kusta tersebut. Selepas dua bahagian taklimat ini, pelatih-pelatih dibawa melawat wad-wad yang menempatkan para pesakit kusta.

                      Wad-wad tersebut dihuni oleh kebanyakan mereka yang berumur lebih 50-an kerana pusat ini hanya mengendalikan pesakit yang dimasukkan ke tempat tersebut sebelum tahun 1969 dan sebelum rawatan MDT ( Multiple Drug Therapy ) bagi kusta diperkenalkan. Selepas lawatan tersebut para pelatih berkesempatan melawat tapak semaian dan tanaman yang diuruskan oleh penghuni atau warisnya di sini. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan seperti orkid, kaktus, bunga kertas, bonsai dan pelbagai lagi yang dijual di sini pada harga yang berpatutan.

                      Kira-kira sejam lawatan ke tapak tanaman ini, maka berakhirlah lawatan ke Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh ini dan bermulalah perjalanan pelatih untuk pulang ke kolej mereka semula. 
 


                                                                                                        Idaham Hamdan
                                                                                                                    K76
                                                                                                         Love-peace-fun

 

Benarlah kata pepatah, Jauh perjalanan Luas pemandangan. Itulah yang kami dapat gambarkan ketika menjalani klinikal di unit psikiatri di Hospital Permai,Johor bahru.Setelah menjalani klinikal selama 4 minggu,pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru yang kami perolehi ketika di sana. Sebagai tanda penghargaan kepada pihak hospital, kami telah mengadakan satu program bersama pesakit HPJB. Seramai 18 orang pelatih kumpulan 75 (kumpulan kedua Unit Psikiatri ) dan 22 orang pesakit yang terdiri daripada 4 orang pesakit perempuan dan 18 pesakit lelaki  terlibat dalam program ini. Program  ini diadakan pada hari khamis, 3 hb 3 2011 bertempat di wad L1. Objektif program ini dilakukan adalah untuk mempereratkan hubungan antara pesakit dan pelatih, mewujudkan sikap kerjasama dalam melakukan aktiviti, serta memupuk tumpuan dan focus pesakit dalam melakukan aktiviti di samping mengurangkan “stressor” yang dialami oleh pesakit.

Berikut merupakan aturcara program:

             8:30 : ketibaan dif jemputan dan peserta

             9:00 : acara sukaneka bermula
  • Boling padang
  • Pingpong dan bola
  • Isi air dalam botol

           10:30 : rehat

           11:00 : sukaneka-
  •                 Musical chair
  •                 Kotak beracun

           11:30 : sesi penyampaian hadiah dan gotong royong

Sepanjang aktiviti yang dilakukan, para peserta dan pelatih dapat bekerjasama dan memberi komitmen yang baik bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. Kelihatan semua  peserta dan pelatih gembira dan suasana yang meriah kadang kala diselangi dengan gelak tawa riang dan jeritan semangat daripada penyokong setiap wad. Aktiviti yang paling menarik ialah kotak beracun. Dalam kotak tersebut  terdapat beberapa  “task” yang diberikan yang diiringi dengan muzik. Kami terhibur dengan “task” yang dilakukan oleh pesakit bersama  pelatih pilihan mereka  seperti nyanyian lagu kegemaran, tarian pop yeah – yeah,  tarian twist, cara memujuk kekasih dan aksi mat rempit di jalanan. Dari situlah kami dapat melihat bakat yang dimiliki bukan sahaja oleh pesakit tetapi juga dari pelatih.

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mahati iaitu merupakan Penolong Pegawai Perubatan U32 yang diiringi oleh saudara David Balie selaku pengerusi Program Sedetik Bersama Abadi Selamanya. Wakil setiap wad telah diberikan hamper sebagai cenderahati bagi  menjayakan program tersebut. Sesi bergambar telah diadakan selepas penyampaian hadiah dan sebagai penutup program para pelatih bergotong royong membersihkan sekitar kawasan wad.

                                                                                                                                Pelangi Jingga
                                                                                                                                love peace fun
 
Pada 26 Febuari 2011, 

Kemeriahan di hari ke-2 kunjugan dari Alor Setar di hangatkan lagi dengan perlawanan persahabatan antara KPPS dan KPPAS iaitu  futsal dan bola jaring. Perlawanan ini hanyalah sekadar untuk mengeratkan lagi hubungan antara dua kolej pembantu perubatan ini di samping menyerlahkan kehebatan masing-masing. 
Picture
KPPS ThE BeSt!!!...
                                                                                                                                                                                                       Photographer: Faez Adys
LIPUTAN BOLA JARING :

               Perlawanan dimulakan tepat pada pukul 830 pagi. Perlawanan pada mulanya bergerak perlahan pada awal separuh masa pertama.semakin lama semakin bertambah penyokong yang datang untuk memberikan sokongan.suasana semakin rancak dengan adanya sorakan penonton.Pada pertengahan separuh masa pertama plot perlawanan mula rancak dan separuh masa pertama berakhir dengan jaringan memihak kepada KPPS.Keputusan akhir babak peratama ialah 6-2.

               Selepas para pemain diberi rehat selama 10 minit, separuh masa kedua dimulakan. Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan telah menyajikan aksi-aksi menarik dan perlawanan terus sehingga wisel penamat ditiup.Para penyokong berpuas hati dengan aksi yang disajikan oleh kedua-dua pasukan. Keputusan penuh perlawanan persahabatan antara KPPS dan KPPAS ialah 15-9. Kemenangan berpihak kepada KPPS.

               Menurut ketua pasukan bola jaring KPPAS Cik Aishah,enggan mengulas panjang dan memberi komen-komen yang baik kepada kedua-dua pasukan.Begitu juga dengan pengurus pasukan KPPS Cik Evi (semester 6) yang telah menggunakan segala pengalaman dalam sukan bola jaring demi memastikan pasukan kendaliannya terus mencapai peningkatan prestasi.

                             KEPUTUSAN PERLAWAN PERSAHABATAN BOLA JARING
                                                                          KPPS & KPPAS
Picture
Picture
KPPAS juga tak kurang hebat nya!!chaiyok2!!~
PENJARING KPPS                                                                   PENJARING KPPAS
Fatin Syakirah                                                                           Noor Hanizawati Mohammad Nor
Noratikah Othman                                                                   Nursyazwani Mohd Syafie
Syahida Syathirah
                                                                                                                               Photographer: Aizuddin Limin
                                                                                                                                                                                                                  Press: Amirur Junaidi
Picture
Futsal KPP Seremban...
LIPUTAN FUTSAL:

                   Jam 9.30, perlawanan futsal antara 2 buah kolej pembantu perubatan bermula. Perlawanan kali ini, kelihatan amat sengit tidak seperti bola jaring kerana pasukan futsal 2 buah kolej ini menyebabkan semua penonton tidak senang duduk apabila perlawanan sekadar seri sepanjang permainan yang pertama. Namun begitu, tuah itu sentiasa ada di mana-mana  dan sekali lagi menyebelahi KPPS apabila sebagai tuan rumah berjaya merobek  gawang kontigen lawan iaitu KPPAS dengan keputusan 3 berbalas 1 di akhir perlawanan pertama hasil daripada penalti. 

              Pasukan futsal KPPS seterusnya meneruskan corak  permainan yang konsisten  sehinggakan berjaya membolos gawang tetamu mereka dengan berjaya meyumbatkan 4 lagi gol berbalas 1 untuk perlawanan  yang kedua dan tamat jam 10.30. Secara keseluruhan, KPPS dan KPPAS menunjukkan komitmen yang baik kerana setiap pemain mempamerkan corak permainan yang tangkas ,berani dan menunjukkan kehebatan masing-masing. Sudah menjadi adat permainan , ada yang menang dan ada yang kalah, namun mengenali dan mengeratkan hubungan antara 2 buah kolej pembantu perubatan adalah menjadi keutamaannya.. 

                            KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL 
                                                                             KPPS & KPPAS
Picture
Picture
Futsal KPPAS..lakukan TERBAIK!!~
PENJARING GOL

PERMAINAN PERTAMA :                                           PERMAINAN KEDUA :
Wan Mohd Faizal                                                             Mohd Adib Rizam
Mohd Rizan                                                                       Shaznizam
Mohd Shah Aizat                                                             Muhd Hasif Rusli
Mohd Shafiq Zalani (KPPAS)                                      MOhd Hazwan Johari
                                                                                                Mohd Hamizan Mohd Zaki (KPPAS)

                                                                                                                                      Photographer: Mohd Khalil
                                                                                                                                                                                                                      Press: Fadhil Ibrahim


Setelah selesai perlawanan futsal, ke semua kontijen KPPAS dijemput masuk ke dalam Dewan Peperiksaan 1 untuk acara penutup bagi lawatan mesra mereka di KPPS dan sebahagian warga KPPS pulang ke asrama masing-masing untuk program gotong-royong pula. Majlis penutup tersebut dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada KPPAS kerana sudi datang membuat lawatan ke KPPS oleh En. Isahari Bin Ismile di samping menjadi pengerusi juga.  Seterusnya, dengan ucapan ringkas daripada YDP, Saiful Nizam Bin Sairi, wakil KPPS dan juga ucapan dari wakil pelatih KPPAS, Mohd Faizol Bin Desa serta pengajar KPPAS,En. Chia Ng Woo Han. 

                    Selesai ucapan diberikan, majlis diteruskan dengan pertukaran cenderamata antara KPPS dan KPPAS sebagai tanda kenangan dan penghargaan yang disampaikan oleh En. Abu Bakar Bin Md Lazi dan pengajar dari KPPAS, En. Chia. Sesi bergambar warga KPPAS dan KPPS sebagai kenang-kenangan menjadi tanda selesainya majlis penutup tersebut pada jam 11.30. Warga KPPAS berangkat pulang keluar dari perkarangan KPPS tepat jam 12.40 selepas makan tengah hari. 


Picture
KENANGAN TERINDAH!!!~ Datang lagi.....(^_^)v...

                                                                                                                                      Photographer: Yasin Johari     
    
" Kami, Press Cop wakil seluruh warga KPPS mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga KPPAS atas kunjungan anda ke kolej kami. Semoga kenangan yang tercipta ini, terus kekal antara 2 buah kolej ini, dan nantikan kunjungan KPPS pula ke KPPAS."


                                                                                                                                                     Pudin Xococ
                                                                                                                                            ~ Love Peace  Fun~

 
Jumaat, 24 Februari 2011:
Picture
Penari-penari KPPAS...
                                                                                                                                        Photographer: Fadhil Ibrahim
                                                                                                                                                                                                                      Press: Bourniface Louisin     
                                                                                                                                                                                Merupakan hari yang bertuah apabila Kolej Pembantu Perubatan Seremban (KPPS) menerima kunjungan lawatan mesra daripada Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, (KPPAS). Rombongan daripada KPPAS  seramai 70 orang pelatih dan 2 orang pengajar sebagai pengiring ini selamat tiba kira-kira pukul 7.00 p.m semalam dan disambut dengan paluan kompang yang cukup meriah daripada warga KPPS  dan  bacaan doa selamat di Dewan Peperiksaan 1 sebagai tanda kesyukuran mereka selamat tiba. Selepas itu, warga KPPAS dijemput ke tempat penginapan masing-masing yang telah disediakan. Jam 8.00 p.m warga KPPAS makan malam di Dewan Peperiksaan 1 dengan kelihatan segak bagi lelaki dan cantik bagi perempuan dengan mengenakan baju batik biru sebelum ke Dewan Auditorium. 
                                                                                                                                        Photographer: Charles Teo
                       Jam 9.oo malam, berlangsungnya "Malam Mesra" antara 2 buah kolej pembantu perubatan ini di Dewan Auditorium, KPPS. Sebagai pembuka tirai kepada Malam Mesra, para pelatih dihiburkan dengan persembahan Tarian Zapin, Tarian Tamil dan Hindi serta Tarian Cina dengan berkonsepkan 1 Malaysia. Secara keseluruhan, pembukaan yang amat baik daripada warga KPPS dengan tarian seni melayunya, ditambah seri dengan kelincahan penari-penari tarian tamil dan hindi serta keunikan tarian kipas dan julang-menjulang dalam tarian cina cukup mengagumkan. Setelah selesai persembahan pembukaan, ucapan alu-aluan daripada YDP, Saiful Nizam Bin Sairi sebagai wakil pelatih KPPS dan ucapan alu-aluan daripada Izaham,wakil pelatih KPPAS. Encik Abdul Ghani Bin Samad,Ketua Program Basic turut memberi ucapan sepatah dua kata selaku wakil Pengarah KPPS. 
                               
Picture
1 Malaysia.....KPPS
                     Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan yang mantap dan bertenaga yang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Dikir Barat. Kemeriahan dan sorakan daripada warga pelatih cukup membuktikan persembahan mereka benar menghiburkan. Selesai Dikir Barat, mulalah saat-saat yang dinantikan iaitu persembahan daripada KPPAS dimulakan dengan Tarian Inang Cina. Kelembutan yang dipersembahkan melalui tarian ini di atas pentas, cukup mempersonakan. Tarian Hindi yang bertenaga daripada Arun dan Banu Priya,K77 juga mendapat sorakan yang kuat pada malam tadi daripada hadirin. Jika KPPS ada zapin, KPPAS juga tidak mahu kalah dengan memilih zapin sebagai persembahan mereka. Tarian Zapin yang cukup gah dan amat bertenaga daripada KPPAS dengan penari lelaki ke semuanya cukup menghiburkan. Hiburan  diteruskan lagi dengan Tarian K-pop dari k78 dan dari wakil KPPAS Tarian Joget Tradisional terus menyrikan dan menghiburkan suasana auditorium pada malam tadi. 

                 Sebagai penutup kepada Malam Mesra, hadirin dihiburkan dengan nyanyian karoeke dari K77 Noorain dan Siti Rohani. Selesai nyanyian karoeke tersebut, tamat Malam Mesra KPPS dan KPPAS kira-kira pukul 10.30 p.m Harapan semoge hubungan baik antara 2 buah kolej ini akan terus kekal dan membawa kecemerlangan bersama.
Picture
Dikir Barat
                                                                                                                         Photographer :  Casper Alvis / Carter YS

                                                                                                                                        ~Ab-Gastal K78~
                                                                                                                                           love peace fun

 
Picture
huhuhu...polisi wad mengatakan TAK BOLEH AMBIL GAMBAR PATIENT
SEREMBAN, 17 Feb 2010 – Persatuan Khidmat Masyarakat KPPS telah mengadakan lawatan ke Unit Psikiatri, Seremban. Lawatan ini merupakan aktiviti luar kolej yang pertama diadakan oleh persatuan ini dan telah disertai oleh seramai 21 orang pelatih yang terdiri dari kumpulan 76, 77 dan 78 berserta penasihat persatuan, Encik Vinthaikumaran.

                Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan erat antara ahli-ahli persatuan, mengaplikasikan teori yang diajar bila berhadapan dengan pesakit terutama bagi pelatih dari semester 2 dan 3 yang telah mengikuti kuliah MABS 1112 serta memberi pendedahan awal terhadap unit ini sebelum menempuhi alam pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

                Ketika berada di unit tersebut, para peserta lawatan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. Kumpulan pertama seramai 15 orang termasuk penasihat kumpulan mengadakan lawatan ke Wad Zamrud (wad lelaki) manakala kumpulan kedua seramai 7 orang membuat lawatan ke Wad Mutiara (wad wanita).

                Sepanjang berada di unit ini, peserta lawatan dibenarkan untuk beramah mesra dengan pesakit. Ada dikalangan peserta yang mesra dengan pesakit dan tanpa mengenal status mereka sebagai insan yang normal, mereka turut menyanyi dan menari bersama pesakit. Bagi peserta lawatan yang pertama kali menjejakkan kaki di unit ini akan merasa takut untuk berinteraksi dengan pesakit. Tetapi setelah seketika bersama, perasaan takut itu mula beransur hilang.

                Lawatan ini berakhir pada jam 7 malam dan para peserta bertolak meninggalkan perkarangan Unit Psikiatri ini dengan 1001 kenangan yang bermakna.

 
Picture
Ketika pelatih sedang berarak...
SELASA-15 feb 2011 :

                         Seawal jam 7.30 pagi seluruh pelajar Kolej  Pembantu berubatan seremban  tampil dengan lengkap  berpakaian  baju melayu hitam bersampin  dan berbaju batik  warna keemasan,bersemangat dengan  sepanduk  Maulidurrasul,  telah tiba di perkarangan Majlis Perbadanan Seremban untuk bersama-sama menjayakan  Majlis Maulidurrasul peringkat negeri Sembilan tahun 1432 Hijrah. Majoriti yang terlibat dalam majlis  kali ini adalah dari badan  kerajaan seperti Telekom Malaysia, Tenaga nasional Berhad, Perbadanan Air Negeri Sembilan,Agensi Dadah Kebangsaan ,Bomba dan penyelamat, pasukan  Polis,Rela Kolej jururawat masyarakat Port Dickson,Kolej kejururawatan  seremban,kolej-kolej swasta,sekolah-sekolah berasrama penuh dan harian  sekitar Negeri Sembilan dan penduduk sekitar  majlis perbandaran  Negeri Sembilan. 
                       Tepat jam 9 pagi  majlis dimulakan dengan  nyanyian lagu negaraku dan lagu Negeri Sembilan.Sekitar  jam 9.15 pagi, yang Dipertua Negeri Sembilan  memberikan ucaptama  bagi merasmikan majlis yang dilansungkan setiap tahun tersebut.waima  emisi  sang suria memanah kulit, namun hati dan semangat pelatih  untuk menyambut hari keputraan Nabi Muhammad S.A.W.tidak luntur dalam diri. Tepat jam 9.30 pagi, majlis diteruskan dengan perarakan  disekitar  Bandar  seremban. Sepanjang Perarakan  dapatlah dilihat warna warni perarakan dengan sepanduk dan laungan selawat keatas  nabi  Muhammad S.A.W..Diakhir perarakan , Semua peserta diberikan sedikit  jamuan seperti  KFC dan Ayam Puyuh dengan resepi masakannya yang tersendiri.Tepat jam 10.30 pagi  kami berkumpul semula  beredar dari perkarangan tersebut.Secara keseluruhan majlis tersebut  meriah dan ceria serta bersamangat dalam perarakkan  tersebut.