PRESS COP
 
Picture
Sabtu , 9 April 2011: 
                         
                          Kumpulan 76  diketuai oleh Muhammad Syafiq Bin Mat Rais menganjurkan “ KPPS PES  EUROPEAN LEAGUE 2011”. Pertandingan tersebut telah diadakan di dewan peperiksaan 1. Acara majlis ini dimulakan pada pukul 9 pagi. Seramai 32 orang yang telah mengambil bahagian dalan pertandaingan PES yang dianjurkan ini. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM8 bagi setiap seorang peserta. Bayaran ini adalah sebagai yuran penyertaan pertandingan ini. Terdapat 8 buah laptop yang telah digunakan dan 16 pasang joystick. Peserta yang telah mengambil bahagian telah di pecahkan kepada beberapa kumpulan iaitu A,B,C,D,E,F,G,H. Dalam setiap kumpulan terdapat 4 orang peserta. Peserta ini merangkumi daripada kumpulan 75, 76, 77 dan 78. Pertandingan ini  diadakan adalah untuk merapatkan lagi persahabatan diantara senior dan juga junior. Selain dapat merehatkan minda daripada stress peperiksaan yang telah dilalui. Kemahiran dan juga perancangan strategik yang berkesan merupakan kunci kejayaan dalam menjaringkan gol dan meraih kemenangan kerana bukan senang bermain dengan joystick ini. Bukannya acara di padang hanya kaki yang menendang. Acara ini dinilai berdasarkan jumlah pungutan mata dimana pusingan peringkat kumpulan adalah secara liga manakala peringakat seterusnya adalah secara kalah mati. Berikut  merupakan  senarai peserta yang layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir :-
                                                              PERINGKAT SUKU AKHIR
Picture
Picture
                                                             PERINGKAT SEPARUH AKHIR
Picture
Picture
Tiba lah masa yang dinanti-nanti iaitu perlawanan akhir PES KPPS 2011. Setelah berhempas pulas, memerah keringat akhirnya FAUZAN  dari kumpulan  77 diangkat sebagai juara KPPS PES EUROPEAN LEAGUE 2011. Setelah berjaya menyingkirkan pesaingannya IMRAN yang juga dari kumpulan 77. Tempat  ketiga disandang oleh Nasri juga dari kumpulan 77 . Hanya  seorang sahaja wakil dari kumpulan 76 yang meraih tempat ke empat iaitu Izaudin. Penyampaian hadiah disampaikan oleh bendahari MTP iaitu saurdara Mohd Azwan Kassimi. Hadiah yang disediakan hanya sampai tempat ketiga sahaja. Kepada yang tidak berjaya janganlah berduka cita. Adat permainan, “ada yang menang dan ada yang kalah”. Semoga aktivititi seperti ini terus diadakan di KPPS  oleh para pelatih dengan permainan yang berbeza pula.


                                                                                                                                       Weera Putra
                                                                                                                                     love peace fun

 
Picture
                 12 febuari 2011, bersamaan hari sabtu, Biro Agama, Kerohanian,  dan Persatuan Silat Cekak  telah mengadakan satu Program Kursus Pengurusan Jenazah. Program ini telah diakankan di luar kawasan kolej iaitu di Surau Al - Ansar Taman Coral Height. Seramai 70 peserta telah mengikuti program tersebut. Peserta kursus telah bertolak meninggalkan kolej tepat pada pukul 7.45pagi dengan menaiki 2 buah bas dan sebuah van. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Setelah tibanya kami di surau tersebut, pendaftaran dimulakan. Tepat 8.30 pagi slot pertama diisi dengan kelas teori tentang pengurusan jenazah.

   Antara perkara yang bincangkan adalah:

             1.       Adab menziarahi orang yang sakit  
             2.       Tanda- tanda kematian sudah hampir
             3.       Perkara –perkara yang dituntut kepada seorang muslim yang   
                         naza’
            4.       Perkara yang perlu dilakukan kepada jenazah
            5.       Perkara yang wajid dilakukan kepada orang mati
            6.       Peralatan mandi jenazah

                Slot pertama ini telah berakhir pada pukul 9.15 pagi.Seterusnya sesi soal jawab selama 15 minit sebelum peserta dibebaskan umtuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak surau. Makanan yang disediakan:

Picture
             
             1.       Bihun goreng
             2.       Kuih seri muka
             3.       Karipap
             4.       Air teh dan  teh tarik
  Masa rehat yang diperuntukkan adalah 30 minit sahaja sebelum slot kedua yang bakal menyusul.

Picture
.

Picture
               Slot kedua ini lebih kepada praktikal atau amali mengenai cara memandikan, mengapankan jenazah bagi lelaki dan juga perempuan. Untuk menampakkan keadaan lebih realiti ustaz tersebut telah memilih salah seorang peserta untuk dijadikan model  bagi cara mengapankan. Sebelum jenazah tersebut dimandikan peralatan mandi mahupun peralatan  mangapankan hendaklah disediakan dengan secukupnya agar proses seterusnya berjalan dengan lancarnya.

             Semasa  fasa menyediakan  peralatan mengapankan kerjasama, kesabaran dan ketelitian amat diperlukan. kerana dalam situasi sebenar, waris si mati akan memerhatikan segala gerak- geri orang yang mengelolakan pengurusan jenazah tersebut. Ini akan menampakkan keiklhlasan orang tersebut menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh waris si mati.

           Tepat pukul  12.00 tengahari slot kedua selesai dengan jayanya. Pelbagai soalan yang diutarakan oleh peserta yang mengikuti khursus tersebut dan semua soalan yang diajukan telah dijawab dengan sempurnanya. Program tersebut telah tamat tepat pukul 12.15pm. Sebagai kenang-kenangan,diadakan sesi ber gambar beramai-ramai. Selepas itu,kami menaikki bas untuk beransur pulang ke kolej  dan berharap program sebegini lagi akan diakan lagi di masa akan datang…Sekian 


                                                                                                                                
                                                                                                                                   Weera putra k76
                                                                                                                                  “Love, Peace,Fun”

 
Picture
tarian 'Ultraman' dari kumpulan 78...meriah!
Jumaat, 28 Januari 2011:

              Sebuah majlis telah berlangsung iaitu “Malam Akrab” yang melibatkan Kumpulan 76, 77, dan 78 pada pukul 8 malam, bertempat di Auditorium Perdana KPPS. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim anatara senior-senior kumpulan 76, 77, dan Junior kumpulan 78. Malam itu juga diserikan dengan tetamu istimewa iaitu Cik Suria selaku penyelaras Kumpulan 78. Majlis tersebut sangat meriah dan menghiburkan kerana diisi dengan jenaka dan lawak yang dilontarkan oleh kedua-dua pengacara majlis, Faizal Bin Alian dan Norhisham Rasyidi Bin Mohd Rasid dalam menghangatkan dan menceriakan majlis yang penuh gilang gemilang itu. 
                Malam Akrab yang amat menceriakan itu bertemakan Retro, yang membawa kita kembali ke zaman dahulu. "Back to Retro Season" ternyata diterima baik oleh senior kumpulan 76, 77 dan junior kumpulan 78. Buktinya kesemua orang yang hadir pada malam itu berpakaian yang ‘compeletely’ retro, dengan mengenakan kaca mata, tali leher, dan baju berkotak-kotak yang menghidupkan suasana macam ‘real’ retro.Muzik dan lagu yang berkumandang juga merupakan lagu-lagu klasik yang popular pada zaman dahulu.Sebelum majlis dimulakan,semua hadirin disajikan dengan makanan yang amat menyelerakan.
      Selepas menikmati makan malam itu, para hadirin kembali ke dalam auditorium. Tidak lama kemudian, para hadirin dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Junior 78 yang membuat persembahan tarian menggunakan lagu K-pop yang popular daripada kumpulan Super Junior-Sorry sorry dan I’ll be back daripada 2pm serta ‘Ultraman Dance’ yang cukup mempesonakan. Walaupun lagu yang dipilih agak tidak kena pada tema majlis namun persembahan mereka ternyata masih menghiburkan.
         Seterusnya, para hadirin dihiburkan dengan persembahan daripada senior-senior daripada kumpulan 76 dan 77 dengan nyanyian dan tarian yang mantap dan menghiburkan. Selain itu, turut diadakan suatu acara di mana peserta terpilih perlu melakonkan watak dan menari mengikut rentak lagu yang diberi.Sebelum berakhirnya malam yang penuh keceriaan ini, majlis penyampaian hadiah kepada penyelaras K78, Cik Suria selaku tetamu istimewa pada malam itu, Ketua Program, Mohd Faizs Bin Jalal. Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah itu, maka berakhirlah majlis ‘Malam Akrab’ pada kira-kira jam 11 malam. 

                                                                                                                          ~Ab-Gastal K78~
                                                                                                                             love peace fun

Picture
Faizal & Hisyam bertanggungjawab sebagai pengacara Malam Akrab,..
 
Picture
Picture
Picture
SEREMBAN,28/01/2011:    
        Pada 28 Januari yang lalu,sebahagian besar daripada Kumpulan 76 Jan/2010 telah mengadakan 1 majlis keraian BBQ di pantai Port Dickson. Majlis ini merupakan inisiatif sendiri yang bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan mereka sendiri. Pada hari tersebut,seramai 50 org telah bertolak daripada Kolej Pembantu Perubatan Seremban pada pukul 9p.m. dan sampai di pantai tersebut dalam lingkungan jam 10.45p.m. Pelbagai aktiviti telah diadakan sementara menunggu makan untuk dihidangkan.Antara aktiviti tersebut ialah berjalan-jalan di sekitar pantai dan permainan bola tampar pantai serta bola sepak yang diadakan secara kecil-kecilan. 
    Oleh kerana mahu semua ahli kumpulan dapat berseronok-seronok pada malam tersebut, maka mereka telah bergilir-gilir memasak makanan sehinggalah semua makanan (ayam panggang) siap dimasak. Dalam masa yang lain pula, sebahagian daripada ahli kumpulan telah ditugaskan untuk mendirikan khemah supaya dapat bermalam di situ. Program BBQ ini selesai dalam lingkungan jam 3am. 
    Sesungguhnya, program sebegini sememangnya dapat memupuk perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka. Selain itu,mereka juga dapat berkumpul sesama sendiri dan ini seterusnya mencetuskan suasana yang gembira ketika berada di situ. Secara totalnya, program ini berjalan dengan lancar dan alhamdulillah kesemua ahli kumpulan amat berpuas hati dengan BBQ ini. Majoriti daripada mereka amat berharap agar 'event' seperti ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang. Sekian laporan PRESS COP...terima kasih.                            
                                                                                                                                            Faez Adys K76.
                                                                                                                                
 
Rabu, 20 oktober 2010 :

Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah mengadakan Malam kesian 1 Malaysia anjuran kumpulan 75. Program ini berlangsung di Auditorium kolej pembantu perubatan seremban yang tersergam indah dengan dekorasi yang baru khas untuk malam tersebut.

        Majlis ini dimulakan dengan pelatih2 memenuhkan tempat duduk sementara kedatangan pengajar2 dan pengarah kolej iaitu Sir Yong Kong Keng. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan juga Kami Sedia Membantu. Amar, Razen, dan Ida Amira telah menjadi pengacara untuk malam tersebut. Mereka cuba untuk berdialog  dalam bahasa india, cina dan juga bahasa melayu kerana ketiga2 kaum ini merupakan kaum majoriti yang telah wujudnya sejak kemerdekaan lagi. 

             Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada ketua program iaitu saudara Muhammad Azrin Nasri yang juga merupakan Penghulu Kumpulan 75. Dalam ucapan tersebut dinyatakan juga objektif atau tujuan majlis ini dianjurkan. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan kan lagi hubungan silaturahim antara senior dan juga junior. Tambahan pula kumpulan 75 bakal meninggalkan kolej kerana mereka bakal di "posting"kan di klinikal yang terpilih. Sebelum mereka meninggalkan kolej mereka inginkan satu kenangan yang bakal dikenang buat selamanya. Majlis perasmian  ini dirasmikan oleh En. Yong Kok Keng. Beliau tidaklah berucap dengan panjang lebar cuma yang dinyatakan beliau amat bersetuju dengan program ini dan amat berharap ikatan persaudaraan tidak akan mati terkubur di kolej ini sahaja. 
Picture
Tepat pukul 9.00 malam, majlis diteruskan lagi dengan acara persembahan pembuka tirai daripada kumpulan 76 dengan persembahan dikir barat yang cukup mengamatkan bagi  opening pembukaan pada malam itu. Berpakaian berbaju melayu hitam, dengan selempang  kain pelekat menambahkan lagi ke “handsome”man mereka. Ditambah pula, dengan mainan alat muzik yang cukup memukau. Gaya persembahan mereka pula adalah lain daripada yang lain. Seolah-olah mereka mendapat inspirasi daripada sebuah rancangan realiti tv. Mereka membawa lagu budi bahasa (agaknya) yang menjadi tema untuk majlis tersebut, dialek yang digunakan pula tidaklah begitu pekat, agar mudah lagu tersebut difahami oleh mereka yang mononton. Dalam lirik lagu tersebut mempunyai seribu erti maksud yang tersembunyi bagi mereka yang menghayati lagu tersebut. Acara seterusnya, cabutan bertuah diadakan. Acara ini akan diselang-selikan dengan persembahan daripada ketiga- tiga kumpulan. Seterusnya, persembahan tarian bollywood daripada kumpulan 75 dan 77. Gerak tari yang dialunkan bagaikan penari professional. Walaupun hanya berlatih kurang daripada 6 jam sahaja dan terdapat cacat cela tetapi  syabas presscop ucapkan kerana sudi melibatkan diri di saat- saat akhir.  Persembahan ketiga daripada kumpulan 77 iaitu persembahan transformasi paluan kompang. Paluan yang kedengaran telah menaikkan lagi seri pada malam tersebut, mereka membawa lagu rakyat iaitu “jet-jet semut sapa sakit naik atas” dan juga selamat pengantin baru. Berpakaian berbaju melayu warna warni dan seluar lipat sehingga buku lali menampakkan lagi ciri-ciri tradisonal masyarakat kampung. Bak kata perpatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Sebelum itu, persembahan nasyid dengan lagu mereka yang dicipta sendiri oleh ahli kumpulan nasyid tersebut.

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu “time to karaoke”. Penglibatan adalah terbuka kepada semua pelatih dan juga tenaga pengajar. Mereka hanya perlu mendaftarkan nama dan berikan tajuk lagu yang bakal mereka nyanyikan. Nyanyian boleh dalam bentuk solo, duet atau berkumpulan. Perserta pertama yang mendaftarkan diri iaitu iskandar dan juga azoie dari kumpulan 76 telah membawa lagu Gemuruh daripada Faizal Tahir . Mereka cuba untuk mengayakan seperti faizal tahir dengan pemakaian t-shirt “ supermen” sebagai gimik. Acara untuk karaoke ini berterusan sehinggalah pukul 11.15 minit malam . Acara seterusnya adalah penyampaian cenderahati kepada mereka yang telah melakukan persembahan . Cenderahati yang disampaikan adalah berbentuk hamper. Setelah tamat penyampaian cenderahati, majlis bersurai tepat pada pukul 11.30 malam.


                                                                                                             ~ Weera Putra  K 76 ~

Picture