PRESS COP
 
Picture
2 April 2011, Sabtu, 

                            Satu lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara telah dianjurkan oleh Kumpulan 78. Seramai 90 orang pelatih KPPS yang terdiri daripada semester satu,dua, tiga ,dan empat diiringi oleh seorang guru pengiring, iaitu Cik Suria Binti Ibrahim selaku penyelaras Kumpulan 78 menyertai lawatan itu. Lawatan ini telah melibatkan penggunaan tiga buah bas kolej yang  mana jarang sekali tiga buha bas digunakan sekali gus dalam mana-mana lawatan kolej. 7.45 pagi, bermulanya perjalanan menuju ke Pusat sains Negara.

      Setibanya di Pusat Sains Negara, semua pelatih yang mengikuti lawatan tersebut termasuk guru pengiring sempat bergambar sebagai kenangan sebelum masuk ke dalam Pusat Sains Negara tersebut. Selepas semua yang terlibat telah diberikan tiket kemasukan, maka semua pelatih pun dibenarkan berpecah.          
Picture
Picture
Para pelatih amat bertuah kerana terdapat pameran dinasour yang sedang berlangsung di PSN. Majoriti para pelatih mengambil peluang untuk bergambar dan melihat dengan lebih dekat berkenaan latar belakang serta cara hidup makhluk yang telah lama pupus di muka bumi ini. Selain itu, para pelatih juga berkesempatan melihat pameran sains yang sungguh menakjubkan seperti penghasilan cyclone, mindball (permainan yang menguji ketenangan minda), dan struktur anatomi tubuh manusia.

      Pada pukul 1.30pm, semua ahli lawatan bertolak pulang ke kolej. Kebanyakan daripada mereka berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan pada masa akan datang. Sesungguhnya program sebegini amat berguna dalam menjana minda semua pelatih.
Picture

                                                                                                                    Charles Teo Ming Cong
                                                                                                                                            K78

                                                                                                                               love peace fun

 

Benarlah kata pepatah, Jauh perjalanan Luas pemandangan. Itulah yang kami dapat gambarkan ketika menjalani klinikal di unit psikiatri di Hospital Permai,Johor bahru.Setelah menjalani klinikal selama 4 minggu,pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru yang kami perolehi ketika di sana. Sebagai tanda penghargaan kepada pihak hospital, kami telah mengadakan satu program bersama pesakit HPJB. Seramai 18 orang pelatih kumpulan 75 (kumpulan kedua Unit Psikiatri ) dan 22 orang pesakit yang terdiri daripada 4 orang pesakit perempuan dan 18 pesakit lelaki  terlibat dalam program ini. Program  ini diadakan pada hari khamis, 3 hb 3 2011 bertempat di wad L1. Objektif program ini dilakukan adalah untuk mempereratkan hubungan antara pesakit dan pelatih, mewujudkan sikap kerjasama dalam melakukan aktiviti, serta memupuk tumpuan dan focus pesakit dalam melakukan aktiviti di samping mengurangkan “stressor” yang dialami oleh pesakit.

Berikut merupakan aturcara program:

             8:30 : ketibaan dif jemputan dan peserta

             9:00 : acara sukaneka bermula
  • Boling padang
  • Pingpong dan bola
  • Isi air dalam botol

           10:30 : rehat

           11:00 : sukaneka-
  •                 Musical chair
  •                 Kotak beracun

           11:30 : sesi penyampaian hadiah dan gotong royong

Sepanjang aktiviti yang dilakukan, para peserta dan pelatih dapat bekerjasama dan memberi komitmen yang baik bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. Kelihatan semua  peserta dan pelatih gembira dan suasana yang meriah kadang kala diselangi dengan gelak tawa riang dan jeritan semangat daripada penyokong setiap wad. Aktiviti yang paling menarik ialah kotak beracun. Dalam kotak tersebut  terdapat beberapa  “task” yang diberikan yang diiringi dengan muzik. Kami terhibur dengan “task” yang dilakukan oleh pesakit bersama  pelatih pilihan mereka  seperti nyanyian lagu kegemaran, tarian pop yeah – yeah,  tarian twist, cara memujuk kekasih dan aksi mat rempit di jalanan. Dari situlah kami dapat melihat bakat yang dimiliki bukan sahaja oleh pesakit tetapi juga dari pelatih.

Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mahati iaitu merupakan Penolong Pegawai Perubatan U32 yang diiringi oleh saudara David Balie selaku pengerusi Program Sedetik Bersama Abadi Selamanya. Wakil setiap wad telah diberikan hamper sebagai cenderahati bagi  menjayakan program tersebut. Sesi bergambar telah diadakan selepas penyampaian hadiah dan sebagai penutup program para pelatih bergotong royong membersihkan sekitar kawasan wad.

                                                                                                                                Pelangi Jingga
                                                                                                                                love peace fun