PRESS COP
 
Picture
mmg best dpt bangunan baru...hehe
Rabu, 13 Oktober 2010 

Kolej Pembantu Perubatan telah mengadakan gotong-royong perdana peringkat kolej. Aktiviti ini disertai oleh Pelatih Penolong Pegawai Perubatan Kumpulan 75, 76, 77 serta tenaga pengajar dan kakitangan kolej. Aktiviti ini bermula pada pukul 2.00 petang dengan pemberian taklimat serta  pembahagian pelatih-pelatih setiap kumpulan kepada dua kawasan tugas iaitu membersihkan  kawasan kolej dan mengangkut perabot-perabot ke dalam asrama baru pelatih perempuan. Setiap pelatih menjalankan tugas dengan sempurna. Suasana pada hari tersebut sungguh cerah melancarkan lagi perjalanan aktiviti gotong-royong ini. Setelah bertungkus-lumus mengangkat barang, pelatih-pelatih dan tenaga pengajar diberi minuman dan kuih-muih untuk mengisi semula tenaga. Aktivti gotong-royong ini berakhir pada jam 5.00 petang.
                                                                                                                ~ ain 77 ~

Picture
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...



Leave a Reply.