PRESS COP
 
Picture
huhuhu...polisi wad mengatakan TAK BOLEH AMBIL GAMBAR PATIENT
SEREMBAN, 17 Feb 2010 – Persatuan Khidmat Masyarakat KPPS telah mengadakan lawatan ke Unit Psikiatri, Seremban. Lawatan ini merupakan aktiviti luar kolej yang pertama diadakan oleh persatuan ini dan telah disertai oleh seramai 21 orang pelatih yang terdiri dari kumpulan 76, 77 dan 78 berserta penasihat persatuan, Encik Vinthaikumaran.

                Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan erat antara ahli-ahli persatuan, mengaplikasikan teori yang diajar bila berhadapan dengan pesakit terutama bagi pelatih dari semester 2 dan 3 yang telah mengikuti kuliah MABS 1112 serta memberi pendedahan awal terhadap unit ini sebelum menempuhi alam pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

                Ketika berada di unit tersebut, para peserta lawatan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. Kumpulan pertama seramai 15 orang termasuk penasihat kumpulan mengadakan lawatan ke Wad Zamrud (wad lelaki) manakala kumpulan kedua seramai 7 orang membuat lawatan ke Wad Mutiara (wad wanita).

                Sepanjang berada di unit ini, peserta lawatan dibenarkan untuk beramah mesra dengan pesakit. Ada dikalangan peserta yang mesra dengan pesakit dan tanpa mengenal status mereka sebagai insan yang normal, mereka turut menyanyi dan menari bersama pesakit. Bagi peserta lawatan yang pertama kali menjejakkan kaki di unit ini akan merasa takut untuk berinteraksi dengan pesakit. Tetapi setelah seketika bersama, perasaan takut itu mula beransur hilang.

                Lawatan ini berakhir pada jam 7 malam dan para peserta bertolak meninggalkan perkarangan Unit Psikiatri ini dengan 1001 kenangan yang bermakna.




Leave a Reply.