PRESS COP
 
Picture
tarian 'Ultraman' dari kumpulan 78...meriah!
Jumaat, 28 Januari 2011:

              Sebuah majlis telah berlangsung iaitu “Malam Akrab” yang melibatkan Kumpulan 76, 77, dan 78 pada pukul 8 malam, bertempat di Auditorium Perdana KPPS. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim anatara senior-senior kumpulan 76, 77, dan Junior kumpulan 78. Malam itu juga diserikan dengan tetamu istimewa iaitu Cik Suria selaku penyelaras Kumpulan 78. Majlis tersebut sangat meriah dan menghiburkan kerana diisi dengan jenaka dan lawak yang dilontarkan oleh kedua-dua pengacara majlis, Faizal Bin Alian dan Norhisham Rasyidi Bin Mohd Rasid dalam menghangatkan dan menceriakan majlis yang penuh gilang gemilang itu. 
                Malam Akrab yang amat menceriakan itu bertemakan Retro, yang membawa kita kembali ke zaman dahulu. "Back to Retro Season" ternyata diterima baik oleh senior kumpulan 76, 77 dan junior kumpulan 78. Buktinya kesemua orang yang hadir pada malam itu berpakaian yang ‘compeletely’ retro, dengan mengenakan kaca mata, tali leher, dan baju berkotak-kotak yang menghidupkan suasana macam ‘real’ retro.Muzik dan lagu yang berkumandang juga merupakan lagu-lagu klasik yang popular pada zaman dahulu.Sebelum majlis dimulakan,semua hadirin disajikan dengan makanan yang amat menyelerakan.
      Selepas menikmati makan malam itu, para hadirin kembali ke dalam auditorium. Tidak lama kemudian, para hadirin dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Junior 78 yang membuat persembahan tarian menggunakan lagu K-pop yang popular daripada kumpulan Super Junior-Sorry sorry dan I’ll be back daripada 2pm serta ‘Ultraman Dance’ yang cukup mempesonakan. Walaupun lagu yang dipilih agak tidak kena pada tema majlis namun persembahan mereka ternyata masih menghiburkan.
         Seterusnya, para hadirin dihiburkan dengan persembahan daripada senior-senior daripada kumpulan 76 dan 77 dengan nyanyian dan tarian yang mantap dan menghiburkan. Selain itu, turut diadakan suatu acara di mana peserta terpilih perlu melakonkan watak dan menari mengikut rentak lagu yang diberi.Sebelum berakhirnya malam yang penuh keceriaan ini, majlis penyampaian hadiah kepada penyelaras K78, Cik Suria selaku tetamu istimewa pada malam itu, Ketua Program, Mohd Faizs Bin Jalal. Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah itu, maka berakhirlah majlis ‘Malam Akrab’ pada kira-kira jam 11 malam. 

                                                                                                                          ~Ab-Gastal K78~
                                                                                                                             love peace fun

Picture
Faizal & Hisyam bertanggungjawab sebagai pengacara Malam Akrab,..



Leave a Reply.