PRESS COP
 
Rabu, 20 oktober 2010 :

Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah mengadakan Malam kesian 1 Malaysia anjuran kumpulan 75. Program ini berlangsung di Auditorium kolej pembantu perubatan seremban yang tersergam indah dengan dekorasi yang baru khas untuk malam tersebut.

        Majlis ini dimulakan dengan pelatih2 memenuhkan tempat duduk sementara kedatangan pengajar2 dan pengarah kolej iaitu Sir Yong Kong Keng. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan juga Kami Sedia Membantu. Amar, Razen, dan Ida Amira telah menjadi pengacara untuk malam tersebut. Mereka cuba untuk berdialog  dalam bahasa india, cina dan juga bahasa melayu kerana ketiga2 kaum ini merupakan kaum majoriti yang telah wujudnya sejak kemerdekaan lagi. 

             Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada ketua program iaitu saudara Muhammad Azrin Nasri yang juga merupakan Penghulu Kumpulan 75. Dalam ucapan tersebut dinyatakan juga objektif atau tujuan majlis ini dianjurkan. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan kan lagi hubungan silaturahim antara senior dan juga junior. Tambahan pula kumpulan 75 bakal meninggalkan kolej kerana mereka bakal di "posting"kan di klinikal yang terpilih. Sebelum mereka meninggalkan kolej mereka inginkan satu kenangan yang bakal dikenang buat selamanya. Majlis perasmian  ini dirasmikan oleh En. Yong Kok Keng. Beliau tidaklah berucap dengan panjang lebar cuma yang dinyatakan beliau amat bersetuju dengan program ini dan amat berharap ikatan persaudaraan tidak akan mati terkubur di kolej ini sahaja. 
Picture
Tepat pukul 9.00 malam, majlis diteruskan lagi dengan acara persembahan pembuka tirai daripada kumpulan 76 dengan persembahan dikir barat yang cukup mengamatkan bagi  opening pembukaan pada malam itu. Berpakaian berbaju melayu hitam, dengan selempang  kain pelekat menambahkan lagi ke “handsome”man mereka. Ditambah pula, dengan mainan alat muzik yang cukup memukau. Gaya persembahan mereka pula adalah lain daripada yang lain. Seolah-olah mereka mendapat inspirasi daripada sebuah rancangan realiti tv. Mereka membawa lagu budi bahasa (agaknya) yang menjadi tema untuk majlis tersebut, dialek yang digunakan pula tidaklah begitu pekat, agar mudah lagu tersebut difahami oleh mereka yang mononton. Dalam lirik lagu tersebut mempunyai seribu erti maksud yang tersembunyi bagi mereka yang menghayati lagu tersebut. Acara seterusnya, cabutan bertuah diadakan. Acara ini akan diselang-selikan dengan persembahan daripada ketiga- tiga kumpulan. Seterusnya, persembahan tarian bollywood daripada kumpulan 75 dan 77. Gerak tari yang dialunkan bagaikan penari professional. Walaupun hanya berlatih kurang daripada 6 jam sahaja dan terdapat cacat cela tetapi  syabas presscop ucapkan kerana sudi melibatkan diri di saat- saat akhir.  Persembahan ketiga daripada kumpulan 77 iaitu persembahan transformasi paluan kompang. Paluan yang kedengaran telah menaikkan lagi seri pada malam tersebut, mereka membawa lagu rakyat iaitu “jet-jet semut sapa sakit naik atas” dan juga selamat pengantin baru. Berpakaian berbaju melayu warna warni dan seluar lipat sehingga buku lali menampakkan lagi ciri-ciri tradisonal masyarakat kampung. Bak kata perpatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Sebelum itu, persembahan nasyid dengan lagu mereka yang dicipta sendiri oleh ahli kumpulan nasyid tersebut.

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu “time to karaoke”. Penglibatan adalah terbuka kepada semua pelatih dan juga tenaga pengajar. Mereka hanya perlu mendaftarkan nama dan berikan tajuk lagu yang bakal mereka nyanyikan. Nyanyian boleh dalam bentuk solo, duet atau berkumpulan. Perserta pertama yang mendaftarkan diri iaitu iskandar dan juga azoie dari kumpulan 76 telah membawa lagu Gemuruh daripada Faizal Tahir . Mereka cuba untuk mengayakan seperti faizal tahir dengan pemakaian t-shirt “ supermen” sebagai gimik. Acara untuk karaoke ini berterusan sehinggalah pukul 11.15 minit malam . Acara seterusnya adalah penyampaian cenderahati kepada mereka yang telah melakukan persembahan . Cenderahati yang disampaikan adalah berbentuk hamper. Setelah tamat penyampaian cenderahati, majlis bersurai tepat pada pukul 11.30 malam.


                                                                                                             ~ Weera Putra  K 76 ~

Picture



Leave a Reply.