PRESS COP
 
Isnin 18 oktober 2010 :

Seperti yang diketahui semua, berlangsungnya Mesyuarat Majlis Tertinggi Pelath (MTP) sesi 2009/2010 kali ke-32 dan turut berlangsung juga Pilihanraya Perwakilan MTP bagi sesi 2010/2011. 
      Suasana dalam auditorium menjadi panas apabila sesi soal menjawab antara ahli MTP dengan para pelatih dibuka. Segalanya berlaku dengan  pantas apabila bertubi-tubi soalan dibangkitkan oleh para pelatih kepada ahli MTP bagi mendapatkan kepastiaan segala yang berlaku ketika di bawah tampuk pemerintahan MTP 09/10. Ada yang bangkit mengajukan soalan mengenai kebebasan pelajar perempuan, ada pula yang bertanyakan mengenai soal duit buku dan ada juga yang bertanyakan keuntungan yang mereka dapat setelah berkhidmat dalam sesebuah kelab di dalam kolej sedangkan kelab tersebut bawah MTP. Nampak rumit apabila berada sendiri di dalam mesyuarat tersebut. Namun begitu, setiap persoalan yang dibangkitkan masih lagi mampu ahli MTP menjawabnya cuma mungkin tidak dapat memberi kepuasan secara keseluruhan kepada para pelatih. Walau bagaimanapun syabas diucapkan kepada ahli MTP 09/10 kerana mampu menangani keriuhan di dalam auditorium dengan baik. 
      
Picture
Calon MTP K76 cuma 4 yg berjaya...Sureen cube lg!!
          Berpatah balik, sebelum mesyuarat tersebut berlangsung, para pelatih dari sem 1 hingga sem 6 telah melakukan tugas mereka untuk mengundi calon-calon ahli MTP yang baru bagi sesi 10/'11. Seramai 10 orang calon yang telah bertanding, 5 dari kumpulan 76 iaitu, 4 dari kumpulan 77 dan 1 orang dari kumpulan 74, "the only one senior!" Namun pelatih hanya dibenarkan mengundi 6 dari 10 orang calon sahaja. Siapakah yang harus diundi?? Terpulang kepada para pelatih kerana mereka yang menetukan siapa yang layak menjadi pemimpin mereka dan bergelar ahli MTP sesi 2010/2011. Setelah selesai mesyuarat MTP tersebut, beralih pula kepada pegumuman keputusan undian oleh Pengerusi Majlis iaitu, Amar dari K75. 
       Enam calon yang berjaya bergelar ahli MTP yang baru bagi sesi 2010/2011 ialah Azian Bte Mohamad K76 dengan mendapat undian yang tertinggi iaitu 184, Mohamad Azwan Kasimi Bin Che Abdul Ghani K76 undian kedua tertinggi dan Saiful Nizam Bin Sairi daripada K76 juga mendapat undian ketiga tertinggi. Lagi tiga orang calon yang berjaya ialah Azawan Bin Mohd Khairan K76, Fakhriyyah Bte Hamad@Ahmad Lutfi dan Mohd Hafizuddin Bin Ishak daripada K77. Tahniah kepada enam calon yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya diharapkan mencuba pada hari pilihanraya pada tahun depan.
       Semoga ahli MTP sesi 2010/2011 yang baru ini mampu memberi perubahan yang positif kepada para pelatih dan kolej sendiri. Seterusnya menjadi contoh kepada para pelatih dari segi akademik, kokurikulum mahupun disiplin dan tugas yang digalas hendaklah dilaksanakan dengan penuh amanah serta ikhlas bukannya harapkan pagar, pagar makan padi. 
                                                                                                                           ~ Pudin Xococ k76 ~



Picture
Calon MTP K77 dari depan Mu'ammar, Afifuddin, Hafizuddin, Fakhariyyah..



Leave a Reply.