PRESS COP
 
Picture
  Rabu, 26 Jan 2011 :

          Seperti yang diketahui umum, pada hari rabu minggu ketiga kami, Kelab Penyiaran telah mengadakan satu Tayangan Perdana yang pertama tahun 2011 ini dan merupakan tayangan pertama yang dianjurkan oleh mana-mana kelab dan persatuan di KPPS. Tanyangan Perdana ini juga merupakan salah satu aktiviti baru bagi Kelab Penyiaran semenjak ditubuhkan pada semester Julai/2010 dan juga bagi memperkenalkan kelab kami kepada junior kumpulan 78 dan warga KPPS yang lain kerana masih lagi ramai yang tidak mengetahui kewujudan Kelab Penyiarab dalam KPPS ini.

       Cerita yang ditayangkan pada malam itu adalah Ngangkung, seram komedi yang sesuai ditonton seluruh lapisan masyarakt juga. Pada malam itu juga, Kelab Penyiaran ada mengadakan sedikit jualan bagi memeriahkan lagi tayangan pada malam itu di samping mencari keuntungan sedikit =). Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik pada hari tayangan tersebut biarpuan tayangan  bermula lewat sedikit sekitar 8.45 pm kerana beberapa masalah teknikal dan hasil jualan pada malam itu baik sambutannya.   Namun, sambutan tiket hanya cukup sekadar ada kerana jualan tiket laris di kumpulan 78 sahaja manakala bagi kumpulan 77 dan 76 kurang mendapat sambutan. Namun itulah adatnya, kadang kala kita di bawah, ada masa kita di atas dan semestinya pasti ada kekurangan daripada kami sendiri sebagai penganjur.=)

      Warga Kelab Penyiaran @ Press Cop mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga KPPS yang menyokong kami secara langsung atau tidak langsung. Terima Kasih juga kepada semua junior kumpulan 78 kerana membeli tiket kami 100% dan juga kepada rakan-rakan kumpulan 77 dan 77 yang membeli tiket dan hadir sebagai sokongan pada hari tersebut biarpun anda sudah menonton cerita ini. Harapan kami hanyalah satu..iaitu mendapat sokongan dari warga KPPS semua, dan sekiranya ada lagi aktiviti yang menyusul di bawah anjuran kelab kami, sertailah dan hadir memberi sokongan kerana tanpa sokongan anda kami tidak mampu berdiri terus untuk menjayakan apa jua aktiviti. Sekian......

                                                                                                                                    ~Pudin Xococ~
                                                                                                                                    love fun & peace




Leave a Reply.