PRESS COP
 
Picture
                    Pada  16 Mac 2011, kumpulan pelajar semester 3 kolej Pembantu Perubatan Seremban (KPPS), K76 telah mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) yang terletak di Sungai Buloh. Lawatan yang disertai oleh 73 orang pelajar dengan diiringi oleh dua orang pengajar iaitu En. Azman dan En. Hamzah bin Yan ini bertujuan untuk mendedahkan pelatih Penolong Pegawai Perubatan kepada keadaan sebenar penyakit kusta dan rawatannya. Perjalanan bermula pada 7.45 pagi dengan 2 buah bas kolej dan tiba di sana kira-kira jam 9.15 pagi.

                     Ketibaan  pelatih disambut dengan hujan renyai-renyai. Pada awalnya, para pelatih dibawa ke dewan untuk mendengar taklimat berkenaan Pusat Kawalan Kusta Negara. Pada pukul 10.00 pagi, semua pelatih dijamu dengan makanan yang disediakan oleh pihak PKKN sebelum sesi taklimat kedua bermula. Sebelum penemuan ubat dapsone, perawat menggunakan biji buah ketapang yang dihancurkan untuk merawat pesakit kusta disini. Biji buah ketapang yang dihancurkan ini akan dicampurkan dengan minyak kelapa dan disapukan pada lesi di kulit akibat kusta tersebut. Selepas dua bahagian taklimat ini, pelatih-pelatih dibawa melawat wad-wad yang menempatkan para pesakit kusta.

                      Wad-wad tersebut dihuni oleh kebanyakan mereka yang berumur lebih 50-an kerana pusat ini hanya mengendalikan pesakit yang dimasukkan ke tempat tersebut sebelum tahun 1969 dan sebelum rawatan MDT ( Multiple Drug Therapy ) bagi kusta diperkenalkan. Selepas lawatan tersebut para pelatih berkesempatan melawat tapak semaian dan tanaman yang diuruskan oleh penghuni atau warisnya di sini. Terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan seperti orkid, kaktus, bunga kertas, bonsai dan pelbagai lagi yang dijual di sini pada harga yang berpatutan.

                      Kira-kira sejam lawatan ke tapak tanaman ini, maka berakhirlah lawatan ke Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh ini dan bermulalah perjalanan pelatih untuk pulang ke kolej mereka semula. 
 


                                                                                                        Idaham Hamdan
                                                                                                                    K76
                                                                                                         Love-peace-fun

Very man or woman speeches want to seat giving observe into couples. Brand new sound system just before unnecessary folks need to always be mindful of usually senior general rule from public speaking, which is to be the mini. best man speaches

Reply



Leave a Reply.