PRESS COP
 
Picture
Ketika pelatih sedang berarak...
SELASA-15 feb 2011 :

                         Seawal jam 7.30 pagi seluruh pelajar Kolej  Pembantu berubatan seremban  tampil dengan lengkap  berpakaian  baju melayu hitam bersampin  dan berbaju batik  warna keemasan,bersemangat dengan  sepanduk  Maulidurrasul,  telah tiba di perkarangan Majlis Perbadanan Seremban untuk bersama-sama menjayakan  Majlis Maulidurrasul peringkat negeri Sembilan tahun 1432 Hijrah. Majoriti yang terlibat dalam majlis  kali ini adalah dari badan  kerajaan seperti Telekom Malaysia, Tenaga nasional Berhad, Perbadanan Air Negeri Sembilan,Agensi Dadah Kebangsaan ,Bomba dan penyelamat, pasukan  Polis,Rela Kolej jururawat masyarakat Port Dickson,Kolej kejururawatan  seremban,kolej-kolej swasta,sekolah-sekolah berasrama penuh dan harian  sekitar Negeri Sembilan dan penduduk sekitar  majlis perbandaran  Negeri Sembilan. 
                       Tepat jam 9 pagi  majlis dimulakan dengan  nyanyian lagu negaraku dan lagu Negeri Sembilan.Sekitar  jam 9.15 pagi, yang Dipertua Negeri Sembilan  memberikan ucaptama  bagi merasmikan majlis yang dilansungkan setiap tahun tersebut.waima  emisi  sang suria memanah kulit, namun hati dan semangat pelatih  untuk menyambut hari keputraan Nabi Muhammad S.A.W.tidak luntur dalam diri. Tepat jam 9.30 pagi, majlis diteruskan dengan perarakan  disekitar  Bandar  seremban. Sepanjang Perarakan  dapatlah dilihat warna warni perarakan dengan sepanduk dan laungan selawat keatas  nabi  Muhammad S.A.W..Diakhir perarakan , Semua peserta diberikan sedikit  jamuan seperti  KFC dan Ayam Puyuh dengan resepi masakannya yang tersendiri.Tepat jam 10.30 pagi  kami berkumpul semula  beredar dari perkarangan tersebut.Secara keseluruhan majlis tersebut  meriah dan ceria serta bersamangat dalam perarakkan  tersebut.




Leave a Reply.