PRESS COP
 
Picture
Soutul Faizin sedang 'Rapuh dan Hanyut'
Rabu, 30  Mac 2011 :

                 "Sebenarnya susah untuk kami memilih siapakah pemenang pada malam ini. Jika anda melihatnya sendiri, anda boleh tahu!" itulah yang dikatakan oleh En. Hamzah Bin Yan selaku Ketua Juri pada Festival Nasyid KPPS yang dianjurkan oleh Biro Kebudayaan MTP 10/11 pada 30 Mac 2011 baru-baru ini. Soutul Faizin wakil lelaki dari k76, berjaya pulang dengan gelaran Juara pada malam festival tersebut dengan mengalahkan 4 kumpulan yang lain. Biarpun menjadi kumpulan terakhir melakukan persembahan namun semangat berpegang kepada "Rapuh" dan "Hanyut", membawa lagu yang berbentuk kontemporari moden ini daripada Opick dan UNIC, menjadikan ia sebagai satu kelainan kepada Soutul Faizin selain persembahan suara yang mantap dari 10 ahlinya yang berpakaian seperti "Men In Black".           
Picture
Syautul Muslimin dan Al-Bugahir
              Sebanyak 5 buah kumpulan yang bertanding dan setiap kumpulan wajib membawa 2 buah lagu untuk dipertandingkan pada malam itu. Kumpulan pertama yang membuka tirai malam festial itu, ialah Al-Bugahir wakil daripada K78 dengan lagunya Assalamualaikum (Rabbani) dan Nostalgia.  Walaupun terdiri daripada 3 orang sahaja ahlinya, tetapi mereka tetap bersemangat, masih boleh menyampaikan satu persembahan yang baik dan merekalah vokalisnya, dan merekalah pemain alat muzik. Seterusnya, kumpulan kedua ialah Syautul Muslim, wakil lelaki K77 dengan lagu Teman Sejati (Brothers) dan Iman Mutiara (Raihan). Persembahan tanpa iringan alat muzik ataupun minus one, menjadikan satu persembahan bersahaja daripada Syautul Muslim ini.
Picture
Nurul Imman dan An-Nisa...
               An-Nisa' wakil perempuan K76, menambahkan seri lagi festival malam itu dengan lagunya Setanggi Syurga (Inteam) dan Doa Perpisahan (Brothers). Kelainan daripada An-Nisa ialah ketika menyanyikan lagu kedua mereka, Doa Perpisahan, salah seorang daripada ahli mereka bersajak sebagai menunjukkan mereka menghargai persahabatan yang terjalin antara mereka. Majlis diteruskan lagi dengan wakil perempuan K77 iaitu Nurul Imman dengan lagu Pemergianmu (Inteam) dan Puteriku Sayang (Hijjaz). Jangan dipandang rendah kepada kaum yang menghayun buaian ini, kerana persembahan suara yang mantap dari 5 ahli Nurul Imman ini, menjadikan mereka pemenang tempat kedua pada malam Festival Nasyid KPPS. 

                     Secara keseluruhan, setiap kumpulan memberikan satu usaha yang baik dalam menjayakan festival tersebut biarpun baru sahaja selesai formatif . Kepada mana-mana kumpulan yang tidak berjaya itu, boleh mencuba lagi pada masa hadapan kerana percayalah peluang dan kejayaan ada di mana-mana sekiranya kita usaha untuk dapatkannya. Semoge Majlis Tertinggi Pelatih terus mengadakan festival-festival seperti ini agar dapat memeriahkan lagi suasana KPPS ini.
Picture
Nurul Imman...merangkul tempat kedua dalam malam Festival Nasyid....
Picture
Barisan juri dan En.Hamzah selaku Ketua Juri....
Pudin Xococ               
love peace fun             



Leave a Reply.