PRESS COP
 
Pihak Press Cop ingin MEMINTA MAAF kepada Jabatan Anatomi, UKM di atas kekeliruan yang ditimbulkan semasa penyiaran artikel ini. Dengan ini, kami mengambil keputusan untuk memadam artikel ini secara keseluruhan bagi menjaga nama baik Jabatan Anatomi UKM. Pihak kami MENGAKU telah memberikan maklumat yang SALAH dan TIDAK TEPAT dan ini TIDAK menggambarkan SAMA SEKALI penerangan yang telah diberikan oleh pegawai bertugas pada ketika itu. Kekeliruan yang timbul adalah disebabkan pihak Press Cop yang tidak peka dengan sensitiviti berita yang disiarkan. Pada masa yang sama, kami ingin menegaskan bahawa halaman web ini bukanlah halaman web rasmi kolej kami dan kami TIDAK mewakili kolej ini. Kami akan  belajar dari kesilapan ini dan berharap hubungan baik antara kolej dan pihak Jabatan Anatomi tidak terjejas berikutan insiden ini. Sekian. Wassalam.



Leave a Reply.