PRESS COP

PROFIL PRESS COP....

Picture
Kelab Penyiaran KPPS pada permulaannya adalah merupakan Kelab Koir KPPS. Namun disebabkan bilangan ahli yang sedikit, beberapa idea dicetuskan untuk menubuhkan kelab lain dan antaranya ialah ingin menubuhkan Kelab Penyiaran seawal bulan Ogos 2010. Setelah mendapat sebulat suara, ke semua ahli koir terdahulu telah bersetuju untuk menempuh cabaran menjadi perintis Kelab Penyiaran. Kelab ini telah diluluskan secara rasmi pada 18 Ogos 2010 melalui Mesyuarat Ko Kurikulum yang diadakan di Bilik Mesyuarat KPPS.

Kelab ini dilancarkan pada 25/10/2010 secara 'online' melalui halaman http://presscop.weebly.com. Halaman Press Cop ini menjadi halaman rasmi Kelab Penyiaran KPPS atau pun lebih mudah kami katakan ahli Press Corp. *nak gempak saja!* Tujuan halaman ini direka adalah untuk kami ahli kelab penyiaran dan warga kolej KPPS untuk berkongsi pendapat, idea, informasi, isu mahu pun pengalaman anda sendiri bersama kami. Kami lebih membuka untuk membicarakan segala perkara yang berlaku dalam kolej KPPS. Tetapi kami tidak mengehadkan untuk di dalam kolej sahaja, sekiranya ada yang ingin membicarakan isu luar dipersilakan juga selagi tidak menyentuh isu-isu sensitif sama ada berkaitan dengan kolej atau pun isu luar.

      Oleh itu, kami telah menyediakan beberapa ruangan halaman untuk anda mempersembahkan kekreatifan dan idea anda seperti Karya seni, Artikel dan Kolumnis kepada warga KPPS *masa ni lah nak vouge, letak nama pena best-best!*. Anda boleh memberi pendapat atau apa-apa isu yang ingin persembahkan kepada warga KPPS di ruangan artikel. Seperti kolumnis dan karya seni, bagi mereka yang berbakat dalam penulisan seperti ini boleh juga menghantar penyertaan anda kepada kami. Bagi ruangan kaunseling kami sediakan untuk membantu mereka yang memerlukan khidmat nasihat dalam permasalahan yang dihadapi oleh mereka *bukan paparazzi semata-mata tau.!*. Namun, bagi mereka yang ingin juga membantu memberi khidmat nasihat juga dialu-alukan membantu. Salam dedikasi pula direka untuk individu yang ingin menyampaikan salam silaturrahim atau pun ucapan kepada rakan-rakan mahu pun teman istimewa *mesti ada kan??*
Setiap dedikasi yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak 30 sen sahaja. Diharapkan caj yang sebanyak 30 sen ini tidak menghalang anda untuk menghantar sumbangan anda.

        Warga Press Cop juga mengalu-alukan kepada mana-mana individu yang ingin "join" kelab kami kerana kami masih laagi banyak kekosongan dan memerlukan sokongan anda bagu menghidupkan web ini. Bagi makluman semua, setiap sumbangan anda akan diberi jam kredit kokurikulum atas budi bicara penasihat pihak Press Cop. Oleh itu, diharapkan anda boleh memberi sumbangan yang terbaik bagi memeriahkan lagi halaman Press Cop ini. Di samping itu, kami juga akan mengadakan beberapa pertandingan berkala bagi memeriahkan lagi kehadiran baru Kelab Penyiaran dalam kolej kita. Apakah pertandingannya?? Kita tunggu dan lihat....*hehehe..*

     Harapan kami agar, dengan penubuhan Kelab Penyiaran sebagai satu aktiviti ko-kurikulum yang baru dan laman web rasmi kami mendapat persetujuan dan sokongan dari semua. Selain itu, mengharapkan juga mendapat sambutan dari warga KPPS dan para pelatih dengan menghantar sumbangan dan penyertaan anda kepada kami agar web kami ini terus hidup dengan hasil karya dan sumbangan anda.