PRESS COP
Orang Uganda ke? 03/12/2011
 
Picture
Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah Ninja…sambil-sambil cecah bahulu dan kopi O. Huh…memang syahdu…Nyaman sungguh hari ni. Masa ni, Ninja tenang-tenang aja di kampong halaman…maklumla, dah penat bertungkus lumus masa rombongan lawatan kampong sebelah.
Picture
Wah…masa lawatan kampong sebelah, sungguh sibuk rakyat jelata di kampong Ninja…ade yang masak, ade yang latih joget silat, ader yang pasang lampu pelita dan tak kurang jugak ade yang tengok je. Sebenarnye, Ninja tak minat nak citer panjang pasal lawatan tu…korang bace je kat bahagian berita. Tapi Ninja nak citer sket la pasal persembahan oleh orang kampong Ninja. Mai aih! Naik meremang bulu roma kucing Ninja…memang dasat! Memang kelas! Nih first time Ninja tengok orang kampong buat aksi2 lagak ngeri ala2 Jackie Chan…memang berdebar la jugak Ninja tengok. First time jugak Ninja tgk persembahan Dikir yang cantek terletak bunge tangannye….Tarian 1 Malaysia plak, nampak kemeriahannye. Tangan Ninja nih sampai lenguh tepuk tangan….terover la tu. Yang sebenarnye, Ninja nak ucapkan syabas atas kegemilangan yang korang tonjolkan malam tu. Usaha korang memang sangat bagus…komitmen sangat la padu dan mantap.
Picture
Tapi Ninja agak kesal la dengan segelintir orang kampong…dah ler tak terlibat pon, komen berbagai. Ececeh….Bukan main lagi berkata2. Sebenarnye, yang penting bukan kesempurnaan tapi USAHA orang yang terlibat. Disebabkan derang dah BERUSAHA maka mereka faham ertikata KERJASAMA, BERPASUKAN, KOMITMEN dan DEDIKASI. Ni ler contoh insan yang ada nilai...Hanya dengan latihan yang singkat, persembahan memang membanggakan….kalo buat latihan betul2 lama….mesti lagi dasyat, kan?
Picture
Tak lama lagi…orang kampong Ninja ader peraduan saper yang bijak bistari. Ninja harap, orang-orang kampong semua dah berUSAHA dengan sepenuh jiwa untuk peraduan ni. Almaklum ler…kalo tak lepas, kene buang dari kampong la nampaknyer. Jangan le jadi rakyat Negara Ugunda….bab peraduan nyanyi2 biler kalah, berduyun2 air mata keluar sedih…bukan sahaja si gadis, si pria yang gagah pun ala2 emo terlebih la kan. Tapi biler tengok result peraduan bijak bistari…nangis jauh sekali bahkan ketawa bangga kerana telah berjaya membuktikan bahawa kebijaksanaan dia setara je dengan tahap kanak-kanak tadika. Ader gak yang sadis, salahkan ketua kampong plak tak kasik cukup ilmu…huh! Melampau le tu. Sangat memalukan je, ishk!
Picture
x dapat carik muke si pria menanges...korang ader?
Akhir kata…Ninja nak ucapkan tahniah dan maju jaya kat orang kampong…janganla dicontohi rakyat Negara Uganda tu….kalo nak contoh gak…ha silalah kuar dari kampong ni, k?
Picture
 
 
Picture
Picture
Huh! Ninja baru balik dari Jepun…menjenguk-jenguk bisnes disana…bisnes apa?? Bisnes jaga tepi kain orang…hahahah. Ni berangan je…sebab Ninja ingin sangat nak duduk dilkalangan orang Jepun. Asyek tengok depa dalam tv je…tak feel.

Salah satu yang Ninja suke dengan budaya depa ni, ialah derang sangat sopan santun…beradab berbudaya. Tak macam kampong Ninja kat sini…budaya timur makin menghakis….err, mungkin kene simbah asid ke??  Baru-baru ni kampong Ninja GEMPAR dengan insiden yang memalukan….yang digelar sebagai STEP DOWN…(hahah gelak guling).


Ninja yang pada saat tu mamai-mamai jer…terkedu sey!! Dek kerana insiden yang tak masuk dek akal…maka puas lah Ninja minum kopi supaya berjaga untuk piker….mengapa la insiden tu boleh berlaku? Lepas golek-golek kiri dan golek-golek kanan…akhirnya Ninja terfikirkan istilah BODOH SOMBONG.

Picture
Kali ni, Ninja nak mengupas fenomena bodoh sombong yang semakin menjadi-jadi menular di kampong Ninja. Ikut fahaman Ninja la, bodoh sombong ni adalah orang yang tak cukup ilmu tapi tak nak bertanya bahkan berlagak pula. Ishk…ishk…maner datangnyer derang ni eh?? Dari gua  ke haper? Dek kerana kagum dengan fenomena bodoh sombong ni maka Ninja tekad untuk kupas isu ni satu-satu seperti mengupas buah limau….

Picture
insan bodoh sombong juga suke jadi populer

Isu pertama: Bagaimana bodoh sombong ni boleh terjadi?

Ia bermula dengan rasa keyakinan yang melambung sangat tinggi hingga melepasi atmosfera bumi. Kita memang perlu yakin dengan kebolehan dan potensi sendiri, tapi perlu juga SEDAR DIRI…bukan anda sorang sahaja yang berkebolehan dan berpotensi kerana kita perlu ingat, setiap insan diciptakan oleh Yang Maha Pencipta dengan kelebihan masing-masing.

Kemudian ia diikuti pula dengan rasa riak. Huhuhu…bahaya sungguh sikap ni, kerana ia antara sikap tercela (mazmumah) dalam Islam. Riak ni adalah sikap ingin menunjuk-nunjuk diri. Sikap ni selalu terbentuk  pada mereka yang mendapat kurang kasih sayang dari orang sekeliling, maka untuk ‘menarik minat’ orang sekeliling untuk ‘sayang’ dan ‘beri perhatian’ padanya…maka insan bodoh sombong ni merasakan satu keperluan bagi dirinya untuk meriakkan diri….kesiankan? Selain dari itu, dek kerana terlalu yakin pada diri sendiri, maka insan bodoh sombong cenderung memandang rendah kepada kemampuan orang lain (kan dia dah anggap dirinya LEBIH segalanya dari orang lain?).

Komponen paling penting yang membezakan orang sombong dan orang bodoh sombong ialah keBODOHannya. Selalunya insan bodoh sombong sangat takut menimba ilmu. Bukan apa, bila dia menimba ilmu, mungkin dia terasa semakin kerdil…kerana pengetahuan di dunia ni tak ada batasan. Lagi banyak kita cari ilmu, lagi kita sedar bahawa….apa yang kita tahu sangat sedikit sebenarnya. Jadi untuk mengekalkan keyakinan dirinya, maka dia sangat bergantung kepada ilmu yang dia dah ada.


Picture
Isu kedua: Kaedah mengelakkan diri dari terjebak menjadi bodoh sombong

Paling utama sekali….cintakan ilmu. Ilmu di dunia sangat banyak dan meluas. Jangan hadkan diri anda hanya satu cabang ilmu dan merasakan anda sangat hebat tahap super duper Tupperware (sebab hanya cap ni jer ader gerenti seumor hidup. Korang, ader?). Jangan perkecilkan ilmu walaupun sekadar ilmu untuk bancuh air teh atau masak megi. Pengetahuan yang pelbagai menjadikan diri kita insan yang sentiasa berfikir dan mempunyai akal yang panjang. Tatkala anda berhenti mencari ilmu, otak anda pon tak digunakan untuk berfikir…maka sama saja ia dengan enjin yang berkarat dan hampeh yang patut jer dibuang ke kawasan recycle. Adakah anda merasakan otak anda layak menerima nasib sama dengan enjin berkarat? Tau tak pe…

Sentiasa bandingkan diri anda dengan tokoh-tokoh hebat, elakkan membandingkan diri anda dengan semut. Dengan cara ini, anda akan rasa anda sebenarnya hebat tapi ada yang LEBIH HEBAT dari anda. Jika nak bersaing dalam belajar atau apa-apa jua…cari lah pesaing yang setara atau lagi hebat. Janganlah anda ada hati nak bersaing pakai kerete dengan orang yang pakai kereta lembu…lepas tu ketawa seronok kerana anda telah menang. Apekah?

Sayang diri anda dengan secukupnya. Bagaimana? Jadilah manusia yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja, walaupun anda tahu tak siapa akan peduli atau hargai hasil yang anda buat. Memadailah jika hasil yang anda usahakan, anda sendiri puas hati dan kagumi. Kalau dah kagum kat diri sendiri, bukankan anda akan rasa diri anda berharga…makin anda akan menjaga diri anda dari melakukan perkara-perkara yang dipandang hina. Maka ini lah yang dimaksudkan dengan sayang diri sendiri….bukan bermakna anda perlu peluk diri sendiri, sentiasa menghadap cermin sambil tersenyum kacak/ayu ataupun harap pujian dari orang lain sepanjang masa.


Picture
Isu ketiga: Cara mengatasi orang yang bodoh sombong

Slogan web ni ‘LOVE, PEACE n FUN’ maka Ninja pon kene la patuh…nanti kene buang daerah plak…susah Ninja nak teruskan sisa-sisa kehidupan ni. Kita sudah maklum bahawa insan bodoh sombong ni kekurangan kasih sayang dan perhatian. Selari juga dengan slogan koporat kiter yang ader menyebut perkataan Penyayang maka Ninja menyeru kepada mereka yang ader disekeliling insan bodoh sombong ni agar SAYANGI lah insan yang tak cukup kasih sayang ni. Kasihanilah dia…dia sebenarnya insan yang normal seperti kite…tapi dek kerana kekurangan kasih sayang, maka dia terpaksa ‘bermuka tebal’ dengan menyombongkan diri. Mulakan la dengan ucapan selamat pagi, selamat tengahari, selamat petang dan selamat malam. Jika hari-hari anda buat begini nescaya insan bodoh sombong akan merasakan dirinya disayangi.

Pada masa yang sama, anda pujilah orang-orang yang hebat (terutama lebih hebat dari si bodoh sombong)…lambat laun dia mesti SEDAR, bahawa dirinya tak la sehebat yang disangka untuk mendapat pujian anda. Jangan luper pula samakan dia dengan orang-orang yang tak berapa nak berjaya dalam hidup…contoh: Aku tengok ade mamat pit ni, kesian dia….kusut masai je aku tengok…sebijik macam kau, kan? (hahaha…sila jangan tiru aksi ini kalo tak nak mata anda biru lebam). Dengan ini keyakinan dia yang sedang berada di ruang angkasa mungkin akan balik jua ke bumi dengan selamat.

Sebenarnya….cara yang terakhir ni paling ideal dan selamat. Anda boleh bagi la tazkirah pada insan tersebut setiap hari tentang kepentingan ilmu di dada. Jika insan bodoh sombong dengan hari-hari selama 365 hari setiap 3 kali sehari mendengar tazkirah anda tentang ilmu….nescaya, dia tak kan berani membodohkan dan menyombongkan dirinyer di depan anda.

Setakat ni saja asahan pedang Ninja kali ni, harap-harap menusuklah ke dalam sanubari insan bodoh sombong ini…moga di masa hadapan, insiden STEP DOWN tak akan di REPLAY…


Picture
kebodohan dan kosombongan terserlah jua
 
 
Picture
Sedih ni hanya perasa je dalam hidup kita…skali skala rasa sedih, apa salahnya. Sekurang-kurangnya sedih mengajar kita erti gembira, bersyukur dengan apa yang ada dan paling penting mendekatkan kita pada Pencipta. Tapi ini tidak bermakna kita perlu selubungi kehidupan ini dengan kesedihan yang berpanjangan…tak de makna nya!

Kata-kata yang basi seperti ‘Jangan sedih’, ‘Tabahkan hati’,’ Kuatkan semangat’ dan sebagainya hanya mampu kita ucapkan kepada mereka yang bersedih. Tapi adakah ia membantu? Mungkin ya…tapi kemungkinan besar TIDAK!

Di luar negara, ‘pain clinic’ tumbuh melata lantaran penduduk setempat tidak tahu bagaimana cara untuk menghilangkan rasa kesedihan. Maka, mereka bergantung kepada rawatan di ‘pain clinic’ untuk membantu mereka. Apa yang mereka gunakan? Ubat tahan sakit je….hahah sungguh tak best kan? Memandangkan kat Malaysia nih takde ‘pain clinic’, maka kiter terpaksa la guna cara lain. Lagipon guner ubat tahan sakit ni sebenarnya bukan bagus pon…silap –silap ketagih la plak…kalo tak pun jadi gila. Huhu…TAK NAK!!

Cara yang saya dapati berkesan untuk elakkan kesedihan melarat ialah dengan menangis dan bercakap. Betul….tak tipu! Senang jek kan? Tapi senang-senang pon, kene ada caranya jugak…

Pertama: Hati (bukan hepar…) kita ni macam mesin pengesan rasa….bagi otak kita tahu, ape perasaan kita masa tu. Hati ni, jika tidak dicemari bintik2 hitam akibat riak, dengki dan sebagainya…sangat tepat memberi bacaan. Oleh itu, jangan ragu pada perasaan yang terdetik pada suatu ketika…kerana ia satu kebenaran. Jika masa itu, rasa sedih mengundang jiwa…maka betullah anda PATUT bersedih.

Kedua: Walaupun korang dah selak buku Anatomi tuh banyak kali, tapi korang mesti tak tau apa kaitan rasa sdih dengan air matakan? Terus-terang, saya pon tak tau. Tapi kita semua pernah rasa seolah adalah lebuh raya yang mula dari hati ke kelenjar air mata. Jadi  kalo terasa nak menangis, maka menangis je la. Bukan kene bayar, lagipon lepas nangis kiter mesti rasa sangat lega. Tapi berpada-pada lah jugak, jangan menangis meraung-raung sambil cabut-cabut rambut. Selain nampak tidak senonoh, ia jugak membuka ruang bagi anasir-anasir halus lagi jahat untuk membisikan hasutan durjana pada jiwa yang sedang merana.

Ketiga: Menangis la beberapa tahun pon, kalo tak diluahkan kepada si ‘penyebab’ kesedihan anda atau kepada orang yang SANGAT dipercayai dan dihormati, rasa sedih tidak akan pudar. Jika anda ada kekuatan untuk berdepan dengan si ‘penyebab’, silalah luahkan rasa anda padanya. Tiada yang lebih memuaskan hati jika anda dapat luahkan rasa yang terbuku di hati kepada si ‘penyebab’. Tapi kalau anda takde kekuatan untuk itu…carilah saper2 yang sudi. Hmm…bab ni kene pilih orang yang berjenis la jugak, silap langkah dapat orang yang menggunakan luahan sedih anda untuk kepentingan sendiri. Kematangan si pendengar henadaklah lebih tinggi satu tingkat dari anda. Bukan ape, orang yang matang mampu memberikan nasihat, teguran dan pujukan yang boleh menyejukkan hati. Selain itu, disebabkan dia lebih matang dari anda kebarangkalian untuk anda ‘makan’ nasihat tuh tinggi la jugak, kan? Sebab itu lagi sekali saya ingatkan…carilah pendengar yang DIPERCAYAI dan DIHORMATI.

Picture
Keempat: Episod sedih kiter ngan orang lain tak sama….ikut penyebab jugak dan ikut orang yang sedih gak. Ada orang sedih sehari dua, ada orang plak sedih bertahun-tahun…dan paling drastik tuh plak, kalo ikut tragis drama melayu, korang kene sedih sampai ke mati. Aiseh! Rugi tu…Banyak mende-mende indah kat dunia ni untuk kasik kiter happy. Naper nak jadi si penyedih? Muker pon tak berapa nak lawa kalo sedih selalu, kan? SK II pon tak boleh nak nolong. Paling penting, jangan elakkan diri hendak bersedih tiba-tiba. Kalo teringatkan peristiwa sedih tuh, nangis la puas2 hati sampai lebam bijik mata pon tak pe….cume dinasihatkan, tok sah le ikut resam Abang Kassim Selamat. Tak payah nangis tiap-tiap hari….tuh dah macam drama queen. Sekali sekala cukup janji puas hati. Bile pikir2 balik, masalah kiter ni tak le sedasyat orang lain. Kita masih ada bumbung di atas kepala, makanan untuk mengenyangkan perut dan baju untuk tutup malu. Lain la cam orang lain, susah nak makan,  nak tido pun  kat mana sempat je dan kadang2 baju pon dah nak tinggal utas-utas benang je. Usah menganggap masalah sendiri SANGAT BESAR dari orang lain, sesungguhnya kawan anda pon perlukan anda untuk sokong dirinya di masa kesedihan pulak. Ni balik2 anda yang sedih…balik2 anda lagi yang sedih….ishk! Biler la plak giliran kawan anda nak sedih?

Kelima: Anda akan selamat. Tiada yang akan menyebabkan anda jadi makin teruk, buruk atau hina. Masalah anda tidak mampu mencacatkan dan mematikan anda, melainkan dengan izin anda sendiri (ye la…tiap kali sedih takmo makan, saper suruh?). Manusia ni direka dengan ciri fleksibel, rentan dan cerdik. Maka gunalah ciri-ciri ini sebaik-baiknya. Fleksibel lah dengan ‘expectation’ sendiri, rentanlah dengan pandangan orang lain yang negatif dan cerdiklah meluangkan setiap detik masa anda hidup. Bodohkan kalu setiap hembusan nafas anda dihela dengan perasaan sedih?? Sepatutnye lepas anda sedih, anda jadi lebih kuat dari dulu, lebih lawa dari dulu dan lebih cerdik dari dulu. Bukan ke matlamat hidup semua insan untuk jadi yang terbaik dari sebelum ini??

Keenam: Rasa sedih tuh adalah tenaga negatif. Tak saper suke ngan orang yg negatif, sebab ia satu kuasa yang melemaskan daya untuk hidup. Jadi lagi banyak anda sedih, makin kurang la orang sekeliling nak berdampingan dengan anda, mesti tak best, bukan?

Ketujuh: Terima la segala yg terjadi sebagai qada' dan qadar. Jangan pertikaikan mengapa itu ini berlaku pada anda. Apa yang kita nak tak semestinya kite dapat, hanya Allah SWT Maha Mengetahui yang terbaik untuk diri kita. Masa sedih jugak adalah masa terbaik untuk semakin dekat padaNYA....insyaAllah, hati kite akan redha dengan segala kejadian yang berlaku.

Wah….terpanjang pulak entri sulung nih. Di harap entri ni dapat membantu mengurangkan populasi muke ‘monyok’ dikalangan kite. Hidup kene cari bahagia….bukan derita. Nak bahagia bukan bermakna kene ketawa terbahak-bahak tiap hari….huhuhu…JANGAN! Nanti populasi mengilai plak meningkat. Siyes takoottt!! Bahagia maksudnye jiwa kiter tenang, tidur pon lena, tengok awan pon nampak pelangi je, bunge2 nampak santek2 je. Ohh.....indahnye hidup! Ok le…setakat ni entri Setajam Pedang kali ni.
Picture
tengok...kapkek pon happy...inikan plak manusia...