PRESS COP
 
Picture
iPhone 4 yang serba canggih
Salam semua ! Mat Gadget kembali dengan segmen Gadgeteer : memilih Handphone terbaik. Di sini Mat Gadget akan mengupas semua perkara yang harus kawan-kawan nilai sebelum memilih dan membeli sesebuah Handphone. 

Tidak diragui memang ada banyak jenis Handphone diluar sana yang menarik hati. Dengan bentuk yang comel, skrin sentuh, paparan yang cantik serta fungsi yang canggih menyebabkan kita menjadi rambang mata untuk memilih Handphone yang terbaik dalam banyak-banyak Handphone.  Jadi Mat Gadget akan memberikan panduan kepada rakan-rakan tentang bagaimana kita harus memilih handphone yang terbaik sebelum membelinya !

1) MENCARI HANDPHONE YANG SESUAI DENGAN ANDA
Picture
jangan sampai pening !
Mencari Handphone yang diingini bukanlah mudah. Kawan-kawan harus menimbangkan dari segala segi, terutama minat jenis atau fungsi Handphone kawan-kawan.

Pertama sekali, kawan-kawan harus tahu apa kriteria utama yang harus ada pada handphone yang kawan-kawan cari. Misalnya, kamera yang baik, fungsi Wi-Fi, skrin sesentuh atau bentuk yang comel. Dengan mencari Handphone yang paling optimum dengan kemahuan kawan-kawan, Mat Gadget yakin kawan-kawan akan berpuas hati dengan Handphone pilihan kawan-kawan.

Kedua, kawan-kawan harus menilai sama ada handphone yang dipilih diterima umum atau tidak. Tidak semestinya Handphone yang kawan-kawan rasa baik di mata kawan-kawan diterima umum. Tanyakan pada kawan-kawan atau rujuk internet untuk mencari sebarang maklum balas daripada pengguna-pengguna lain di serata dunia. Kawan-kawan akan dijauhi daripada penyesalan jika kawan-kawan memantau sebarang masalah yang tidak diingini daripada pengguna yang sudah terkena !

Ketiga, kawan-kawan harus mempunyai lebih daripada satu pilihan Handphone. Contohnya, jika kawan-kawan inginkan Handphone yang mempunyai QWERTY keyboard, kawan-kawan boleh meletakkan beberapa pilihan seperti Blackberry Bold, Nokia E73 ataupun Samsung C6625. Dengan beberapa pilihan, kawan-kawan dapat menilai dan memilih Handphone yang paling sesuai.

2) NILAI HANDPHONE YANG INGIN DIBELI
Picture
joystick cursor yang bermasalah
Terdapat beberapa kriteria yang penting dalam menilai sesebuah Handphone. Mengetahui kriteria ini membantu kawan-kawan menggunakan Handphone dalam suatu jangka masa yang panjang tanpa rasa menyesal ataupun ketinggalan zaman.

Antara kriteria yang harus kawan-kawan tahu dalam sesebuah Handphone ialah jenis keypad Handphone tersebut. Handphone yang baik mempunyai keypad yang tahan lama, terutama dengan zaman kini yang memerlukan kita menaip SMS sepanjang hari. Antara keypad yang berkualiti adalah dari jenis QWERTY keypad. Mat Gadget kurang menggalakkan penggunaan touch keypad dan juga joystick cursor, yang berpotensi mempunyai masalah kerosakkan pada masa hadapan. Secara personal, Mat Gadget menyarankan kawan-kawan mengelakkan penggunaan Handphone jenis ini melainkan kawan-kawan yakin dengan potensi Handphone tersebut.

Picture
Handphone clamshell dan juga slide
Satu lagi perkara yang kawan-kawan harus ambil perhatian adlah dari segi bentuk Handphone tersebut. Tidak dinafikan kebanyakan bentuk Handphone pilihan kawan-kawan adalah comel dan bergaya. Namun harus diketahui di sini tidak semua bentuk mampu memberikan prestasi terbaik. Misalnya, bentuk "clamshell" dan juga "slide". Jika anda adalah seorang pengguna SMS yang tegar, harus diketahui penggunaan Handphone "slide" atau "clamshell" yang kasar mampu merosakkan "ribbon" atau wayar pada Handphone tersebut, yang membuatkan skrin tidak lagi memberikan sebarang paparan kepada kawan-kawan. Ia juga menelan kos mencecah ratusan ringgit jika kawan-kawan ingin membaiki tersebut, dan kawan-kawan akan mula memikirkan untuk membeli Handphone yang lain. Percayalah, Mat Gadget pun pernah mengalaminya. =)

3) MENILAI HARGA DAN KEWANGAN ANDA

Picture
Ada ongkosnya semua jadi om... =)
Tidak dapat diragui lagi sebelum mengeluarkan wang kawan-kawan untuk apa-apa tujuan sekalipun, kawan-kawan harus menilai bajet kawan-kawan sendiri. Untuk membeli sesebuah Handphone, setidak-tidak nya kawan-kawan akan membelanjakan wang mencecah ratusan ringggit, malahan ada sesetengah Handphone yang mencecah ribuan ringgit. Jadi kawan-kawan hendaklah menimbangkan perbelanjaan bulanan sebelum membeli Handphone pilihan ya!

Seperkara lagi yang kawan-kawan harus memberi perhatian adalah tentang harga Handphone tersebut. Adalah perlu untuk kawan-kawan melakukan tinjauan terlebih dahulu di kedai-kedai mahupun di dalam laman-laman web seperti http://www.lowyat.net/v2/weeblylink_new_window sebelum membeli Handphone pilihan kawan-kawan. Kawan-kawan boleh membandingkan harga Handphone pilihan seterusnya memilih premis terbaik bagi membeli Handphone pilihan masing-masing.

Mat Gadget sudah banyak mendengar cerita penipuan harga, kes-kes kerosakan Handphone yang terlalu kerap sepanjang berada di KPPS, lebih-lebih lagi produk di pasaraya Terminal 1. Mat Gadget harap kawan-kawan semua lebih berhati-hati di masa hadapan ya ! Kita jumpa di segmen Dokter Gadget di masa akan datang!


 
Picture
Persaingan sengit daripada EA Sports dan juga Konami !
Baiklah! Post pertama Mat Gadget dalam slot Games Gempak! Di sini Mat Gadget akan mengetengahkan persaingan 2 game bola sepak yang tak reti-reti nak mengalah, ada saja yang tak kena! Kedua-dua games ini mula menggegarkan pasaran games dunia pada pertengahan tahun 2010, namun masih mendapatkan sambutan yang hangat sehingga hari ini. Dengan penampilan mantap dari kedua-dua game, mari kita lihat review untuk games tersebut.

Pro Evolution Soccer 2011 (PES 2011 @ World Soccer : Winning Eleven 2011)
Picture
PES 2011 dari Konami
Mula diterbitkan pada tahun 2011, PES 2011 sangat dinanti-nantikan peminat setia PES. Dengan gaya permainan yang serba baru, PES 2011 tampil tampil dengan gah menemui peminat pada 30 September 2010.Mat Gadget juga adalah antara yang terkejut dan terpegun dengan perubahan mendadak pada PES 2011, sama sekali berbeza dengan PES 2010 sebelumnya.

GAMEPLAY : Jauh berbeza dengan permainan PES dalam generasi sebelumnya. Kawalan bola dan hantaran yang memerah keringat pemain untuk memahami rentak dan corak yang serba memeningkan mencabar pemain untuk berhadapan dengan sesuatu yang baru. Namun bagi pemain yang kreatif dan pandai mengambil peluang, corak serangan yang lebih teratur mampu memperkotak-katik kan jentera pertahanan pihak lawan. Namun begitu, perlu diingatkan AI PES 2011 tidaklah se-"bijak" dulu, di mana mereka kali ini tampil dengan pertahanan yang lebih kebal, sekaligus menyediakan cabaran kepada pemain.

PENAMPILAN : Permintaan grafik yang tinggi telah menampilkan imej dan kualiti permainan yang jitu dan tidak rigid. Kawalan bola, pergerakan pemain dan bola, stadium, semuanya dilakukan secara teliti dan mantap, bergantung kepada prestasi jentera permainan pemain. Namun Konami masih lagi gagal menampilkan yang terbaik dari segi emosi muka pemain, yang jelas ditampilkan pada FIFA 11. Namun kreditasi harus diberi atas kelicinan grafik yang ditampilkan ketika pemain menggelecek dengan skil-skil.

PERMINTAAN : Sesuatu yang agak menyusahkan apabila kedua-dua PES 2011 dan FIFA 11 menampilkan grafik yang tinggi, sekali gus memerlukan wang yang lebih untuk membeli Kad Grafik dan RAM yang baru bagi menampung permainan ini. Walau bagaimanapun, mari kita lihat keperluan minima untuk bermain PES 2011 pada komputer anda.

Intel Processor-Core 2 Duo E4400 2.0GHz
AMD Processor-Athlon 64 X2 Dual Core 4200+
Nvidia Graphics Card-GeForce 7900 GT
ATI Graphics Card-Radeon HD 5550 512MB
RAM (Memory)-2 GB
Hard Disk Space-8 GB
Direct X-9
 (untuk melihat sama ada komputer anda mampu bermain PES 2011, sila layari ---> http://www.game-debate.com/games/index.php?g_id=951&game=Pro%20Evolution%20Soccer%202011weeblylink_new_window

KELEMAHAN : Tak ubah-ubah dari dulu, PES 2011 masih lagi dengan masalah lesen dari FIFA. Maka, dengan kata lain, anda tak akan dapat bermain sesetengah pasukan seperti Arsenal dan juga Manchester City dengan nama yang sebenar (Arsenal menjadi North London, dan Manchester City menjadi Manchester Blue <---- ???????? ). Selain itu, emosi yang statik ditampilkan muka pemain walaupun ketika menyambut gol agak menyakitkan hati. Namun antara kelemahan yang dapat dibaiki seperi suara commentator yang kini lebih bersemangat, tak seperti dulu (kaku dan selalu mengulang perkara sama).
SAMBUTAN : Memperolehi sambutan yang agak baik daripada web-web pengkritik. Mendapat skor 9/10 di IGN, menandakan resepsi yang baik dari peminat. Tahniah diucapkan, Konami!

FIFA 11
Picture
FIFA 11 dari EA Sports
EA Sports tampil dengan FIFA 11 pada tarikh 28 September 2010, memberikan tentangan yang hebat kepada PES 2011. Juga boleh didapati di pelantar PS2, PS3, PSP, Xbox 360 (PES 2011 juga boleh didapati untuk pelantar tersebut), FIFA 11 mengemukakan cara permainan yang mirip PES 2011, namun tetap berbeza dari segi corak permainannya dan juga mod-mod permainan lain yang menarik.

GAMEPLAY : FIFA 2011 menampilkan mod permainan yang lebih berbeza. Kali ini dalam mod "Be A Pro", pemain juga boleh bermain sebagai penjaga gol, sekali gus membolehkan sistem permainan 22 orang pemain dalam permainan "Be A Pro" secara online. Selain itu, tidak banyak beza antara PES 2011 dengan FIFA 11, cuma Mat Gadget lebih suka bermain mod "Manager Mode" yang ditampilkan FIFA 11 berbanding "Master League" yang ditampilkan PES 2011 disebabkan permainan yang lebih fleksibel sebagai jurulatih pasukan.

GRAFIK : Tidak berbeza dengan PES 2011, FIFA 11 juga memerlukan grafik yang tinggi bagi menyokong paparan yang cantik dan juga lancar. Mat Gadget gagal bermain FIFA 11 di komputer Mat Gadget kerana keperluan untuk menjana grafik yang tinggi (kawan-kawan boleh memeriksa kemampuan komputer masing-masing untuk bermain FIFA 11 di segmen KEPERLUAN di bawah)

KEPERLUAN : Mat Gadget akan berterus-terang, FIFA 11 memerlukan komponen-komponen berprestasi tinggi bagi menjalankan permainan FIFA 11. Pun begitu, mari kita pantau keperluan minima FIFA 11.

Intel Processor-Core 2 Duo E6600 2.4GHz
AMD Processor-Athlon 64 X2 Dual Core 5600+
Nvidia Graphics Card-GeForce 8800 GT 256MB
GFX CardATI Graphics Card-Radeon HD 3870
RAM (Memory)-2 GB
Hard Disk Space-4.5 GB
Direct X-9
(untuk melihat sama ada komputer anda mampu bermain FIFA 11, sila layari --->
http://www.game-debate.com/games/index.php?g_id=950&game=FIFA%202011weeblylink_new_window


KELEMAHAN : FIFA 11 masih mempunyai beberapa kelemahan seperti corak permainan yang lebih sukar jika dibandingkan dengan PES 2011. Selain itu gol jarak jauh dan sepakan percuma yang terlalu mudah juga membuatkan FIFA 11 sedikit tempang dari beberapa segi. Secara keseleruhan, masih ada yang perlu dibaiki oleh EA Sports untuk memantapkan lagi FIFA.
SAMBUTAN : Tidak banyak beza dengan PES 2011, FIFA 11 mendapat markah 8.5 / 10 di IGN, dan juga 9 / 10 di GameSpot, lantas menunjukkan persaingan sengit antara kedua-dua produk ini. Tahniah juga diucapkan kepada EA Sports !

KESIMPULANNYA Mat Gadget sangat berpuas hati dengan kedua-dua game ini. Masing-masing menunjukkan potensi grafik dan corak permainan yang mantap. Secara personal, Mat Gadget memilih FIFA 11 daripada PES 2011, namun begitu Mat Gadget meletakkan pilihan pada rakan-rakan untuk menentukan game mana yang lebih baik. Selamat mencuba dan jumpa lagi dalam segmen Gadgeteer nanti!
 
Pertama sekali Mat Gadget nak menyusun sepuluh jari meminta maaf disebabkan kekosongan beberapa minggu ni. Mat Gadget telah disibukkan dengan pelbagai agenda kat KPPS (kalau ikutkan minggu ni pun sebenarnya Mat Gadget tak free). Secara tak sengaja (ehem) Mat Gadget dah pun mungkir janji Mat Gadget dengan pengikut laman Press Cop. Sekali Lagi Mat Gadget minta maaf ye... ^^
Picture
Gomennasai Mina-san... T^T
Bagi menebus kesalahan Mat Gadget, Mat Gadget berjanji minggu ini Mat Gadget akan post sebanyak mungkin untuk pengunjung setia laman Press Cop. Nantikan ye!