PRESS COP
 
Picture
iPhone 4 yang serba canggih
Salam semua ! Mat Gadget kembali dengan segmen Gadgeteer : memilih Handphone terbaik. Di sini Mat Gadget akan mengupas semua perkara yang harus kawan-kawan nilai sebelum memilih dan membeli sesebuah Handphone. 

Tidak diragui memang ada banyak jenis Handphone diluar sana yang menarik hati. Dengan bentuk yang comel, skrin sentuh, paparan yang cantik serta fungsi yang canggih menyebabkan kita menjadi rambang mata untuk memilih Handphone yang terbaik dalam banyak-banyak Handphone.  Jadi Mat Gadget akan memberikan panduan kepada rakan-rakan tentang bagaimana kita harus memilih handphone yang terbaik sebelum membelinya !

1) MENCARI HANDPHONE YANG SESUAI DENGAN ANDA
Picture
jangan sampai pening !
Mencari Handphone yang diingini bukanlah mudah. Kawan-kawan harus menimbangkan dari segala segi, terutama minat jenis atau fungsi Handphone kawan-kawan.

Pertama sekali, kawan-kawan harus tahu apa kriteria utama yang harus ada pada handphone yang kawan-kawan cari. Misalnya, kamera yang baik, fungsi Wi-Fi, skrin sesentuh atau bentuk yang comel. Dengan mencari Handphone yang paling optimum dengan kemahuan kawan-kawan, Mat Gadget yakin kawan-kawan akan berpuas hati dengan Handphone pilihan kawan-kawan.

Kedua, kawan-kawan harus menilai sama ada handphone yang dipilih diterima umum atau tidak. Tidak semestinya Handphone yang kawan-kawan rasa baik di mata kawan-kawan diterima umum. Tanyakan pada kawan-kawan atau rujuk internet untuk mencari sebarang maklum balas daripada pengguna-pengguna lain di serata dunia. Kawan-kawan akan dijauhi daripada penyesalan jika kawan-kawan memantau sebarang masalah yang tidak diingini daripada pengguna yang sudah terkena !

Ketiga, kawan-kawan harus mempunyai lebih daripada satu pilihan Handphone. Contohnya, jika kawan-kawan inginkan Handphone yang mempunyai QWERTY keyboard, kawan-kawan boleh meletakkan beberapa pilihan seperti Blackberry Bold, Nokia E73 ataupun Samsung C6625. Dengan beberapa pilihan, kawan-kawan dapat menilai dan memilih Handphone yang paling sesuai.

2) NILAI HANDPHONE YANG INGIN DIBELI
Picture
joystick cursor yang bermasalah
Terdapat beberapa kriteria yang penting dalam menilai sesebuah Handphone. Mengetahui kriteria ini membantu kawan-kawan menggunakan Handphone dalam suatu jangka masa yang panjang tanpa rasa menyesal ataupun ketinggalan zaman.

Antara kriteria yang harus kawan-kawan tahu dalam sesebuah Handphone ialah jenis keypad Handphone tersebut. Handphone yang baik mempunyai keypad yang tahan lama, terutama dengan zaman kini yang memerlukan kita menaip SMS sepanjang hari. Antara keypad yang berkualiti adalah dari jenis QWERTY keypad. Mat Gadget kurang menggalakkan penggunaan touch keypad dan juga joystick cursor, yang berpotensi mempunyai masalah kerosakkan pada masa hadapan. Secara personal, Mat Gadget menyarankan kawan-kawan mengelakkan penggunaan Handphone jenis ini melainkan kawan-kawan yakin dengan potensi Handphone tersebut.

Picture
Handphone clamshell dan juga slide
Satu lagi perkara yang kawan-kawan harus ambil perhatian adlah dari segi bentuk Handphone tersebut. Tidak dinafikan kebanyakan bentuk Handphone pilihan kawan-kawan adalah comel dan bergaya. Namun harus diketahui di sini tidak semua bentuk mampu memberikan prestasi terbaik. Misalnya, bentuk "clamshell" dan juga "slide". Jika anda adalah seorang pengguna SMS yang tegar, harus diketahui penggunaan Handphone "slide" atau "clamshell" yang kasar mampu merosakkan "ribbon" atau wayar pada Handphone tersebut, yang membuatkan skrin tidak lagi memberikan sebarang paparan kepada kawan-kawan. Ia juga menelan kos mencecah ratusan ringgit jika kawan-kawan ingin membaiki tersebut, dan kawan-kawan akan mula memikirkan untuk membeli Handphone yang lain. Percayalah, Mat Gadget pun pernah mengalaminya. =)

3) MENILAI HARGA DAN KEWANGAN ANDA

Picture
Ada ongkosnya semua jadi om... =)
Tidak dapat diragui lagi sebelum mengeluarkan wang kawan-kawan untuk apa-apa tujuan sekalipun, kawan-kawan harus menilai bajet kawan-kawan sendiri. Untuk membeli sesebuah Handphone, setidak-tidak nya kawan-kawan akan membelanjakan wang mencecah ratusan ringggit, malahan ada sesetengah Handphone yang mencecah ribuan ringgit. Jadi kawan-kawan hendaklah menimbangkan perbelanjaan bulanan sebelum membeli Handphone pilihan ya!

Seperkara lagi yang kawan-kawan harus memberi perhatian adalah tentang harga Handphone tersebut. Adalah perlu untuk kawan-kawan melakukan tinjauan terlebih dahulu di kedai-kedai mahupun di dalam laman-laman web seperti http://www.lowyat.net/v2/weeblylink_new_window sebelum membeli Handphone pilihan kawan-kawan. Kawan-kawan boleh membandingkan harga Handphone pilihan seterusnya memilih premis terbaik bagi membeli Handphone pilihan masing-masing.

Mat Gadget sudah banyak mendengar cerita penipuan harga, kes-kes kerosakan Handphone yang terlalu kerap sepanjang berada di KPPS, lebih-lebih lagi produk di pasaraya Terminal 1. Mat Gadget harap kawan-kawan semua lebih berhati-hati di masa hadapan ya ! Kita jumpa di segmen Dokter Gadget di masa akan datang!





Leave a Reply.